3.10.10

Buat Habis Baik



Moto Sekolah

Buat Habis Baik, itulah kata-kata yang selalu saya dengari ketika berada di SMKADG, selalu sahaja diulang-ulang oleh Ustazah Napisah(Pengetua ketika itu). Saya masih mentah ketika itu, tidak terkesan pun dengan kata-kata itu.

Namun, sekarang suasananya begitu berbeza. Perjalanan hidup yang sibuk dan mencabar membuatkan kata-kata ini kembali terngiang-ngiang di ingatan, sehinggalah anda dapat menatapnya sekarang. Maksudnya begitu mendalam, penting namun sukar diadaptasi ke dalam hidup seharian.

Dalam mengejar dan melaksanankan sesuatu, kita perlu merebut dan menggunakan setiap peluang yang ada di hadapan kita dengan sebaiknya. Kita perlu mendalami bidang yang kita sedang daki ketika masih dalam proses pembinaannya, bukan ketika baru tersedar akan kepentingan memanfaatkan peluang yang ada.

Konsepnya jelas, kita perlu bersungguh-sungguh dan menumpukan perhatian terhadap tugas utama kita. Belajarlah bersungguh-sungguh ketika masih di universiti, bukannya ketika merasa susah dalam bekerja. Tumpukanlah perhatian sepenuhnya ketika berada dalam kelas, kerana penerangan yang diberikan adlah yang terbaik.

Yang Terbesar Selalu Diabaikan

Namun,apakah perkara yang terbesar yang perlu kita berikan perhatian? Semestinya perkara yang berkaitan dengan matlamat paling jauh kita. Kita sekarang sedang berada dalam suatu kebun, maka berkebunlah dengan sebaik-baiknya, sesungguh-sungguhnya. Beribadatlah dengan ssesungguhnya ketika masih di dunia, kerana kita tak mungkin kembali setelah berada di akhirat.

Sama-sama kita renungi, firman Allah yang menyatakan:


Dan, jika sekiranya kamu melihat mereka ketika orang-orang yang berdosa itu menundukkan kepalanya di hadapan Tuhannya, (mereka berkata): "Ya Tuhan kami, kami telah melihat dan mendengar, maka kembalikanlah kami (ke dunia), kami akan mengerjakan amal saleh, sesungguhnya kami adalah orang-orang yang yakin." 


Apabila sudah berada di akhirat dan menyaksikan azab yang bakal diterima barulah mahu percaya? Sudah terlambat.

No comments: