7.10.10
Tinggalkan: Jalan terbaik apabila menemui keraguan
Kita sering kali berkonflik dalam hidup, apabila menemui sesatu yang kita sukai tetapi statusnya tidak meyakinkan kita.
Mahu ambil atau tidak?
Kalau tak ambil, rugi.
Kalau tak ambil, tak boleh la aku rasa keenakannya.
Tinggalkan!
Jalan terbaik adalah dengan meninggalkannya.
Kenapa?
Kerana kita perlu menyedari bahawa kemahuan kita itu timbul daripada hawa nafsu kita sendiri, yang kebiasaannya membawa diri kita ke lembah kehancuran. Keneakan dan kesedapannya hanya sekadar di mulut. Sebaik sahaja turun ke perut, maka penyesalan akan mendatang.
Menyesal kerana terlalu mengikut hawa nafsu.
Menyesal kerana terfikirkan kemungkinan bahawa bahan itu tidak halal.
Menyesal kerana diri terdedah kepada bahan yang memudharatkan tubuh.
Konsepnya adalah seperti yang perlu kita lakukan apabila kita dilalaikan dalam solat. Jika berkira2 samada telah membuat 2 rakaat ataupun 3, maka kita perlu menghapuskan keraguan itu dengan memngambil yang 2. Semestinya falsafah solat itu perlu kita amalakan dalam kehidupan kita.
Imam Nawawi juga meletakkan hal ini sebagai antara yang penting. Beliau memasukkan hadis berkenaan perkara yang syubahat dan tindakan yang patut kita ambil.
عَنْ أَبِي عَبْدِ الله النُّعْمَانِ بْنِ بَشِيْر رَضِيَ الله عَنْهُمَا قَالَ: سَمِعْتُ رَسُوْلَ الله وسلم یَقُوْلُ:
(( إِنَّ الحَلاَلَ بَيِّنٌ وَإِنَّ الحَرَامَ بَيِّنٌ وَبَيْنَهُمَا أُمُوْرٌ مُشْتَبِهَاتٌ لا یَعْلَمُهُنَّ كَثِيرٌ
مِنَ النَّاسِ، فَمَنِ اتَّقَى الشُّبُهَاتِ فَقَدِ اسْتَبْرَأَ لِدِیْنِهِ وَعِرْضِهِ وَمَنْ وَقَعَ فِي الشُّبُهَاتِ وَقَعَ فِي
الحَرَامِ آَالرَّاعِي یَرْعَى حَوْلَ الحِمَى یُوشِكُ أَنْ یَرْتَعَ فِيْهِ. أَلاَ وَإِنَّ لِكُلِّ مَلِكٍ حِمَى، أَلاَ وَإِ ن
حِمَى اللهِ مَحَارِمُهُ. أَلاَ وَإِنَّ فِي الْجَسَدِ مُضْغَةً إِذَا صَلَحَتْ صَلَحَ الْجَسَدُ آُلُّهُ، وَإِذَا فَسَدَتْ فَسد
الْجَسَدُ كلُّهُ، أَلاَ وَهِيَ الْقَلْبُ)). رواه البخاري ومسلم
Daripada Abu Abdullah al-Nu'man ibn Basyer r.a. رضي الله عنهما beliau berkata: Aku telah
mendengarRasulullah SAW bersabda:
Sesungguhnya perkara yang halal itu terang jelas, dan sesungguhnya perkara yang haram itu terang jelas, dan di antara kedua perkara tersebut ada perkara-perkara syubhat yang kesamaran yang kebanyakan orang tidak mengetahuinya. Barangsiapa yang menjaga perkara syubhat maka sesungguhnya dia telah membersihkan agamanya dan maruah dirinya. Dan barangsiapa yang terjatuh dalam perkara syubhat, maka dia telah jatuh dalam perkara haram, umpama seorang pengembala yang mengembala di sekeliling kawasan larangan, dibimbangi dia akan menceroboh masuk ke dalamnya.
Ketahuilah bahawa setiap raja ada sempadan dan sesungguhnya sempadan Allah itu ialah perkaraperkara yang diharamkanNya. Ketahuilah bahawa dalam setiap jasad itu ada seketul daging yang apabila ia baik maka baiklah seluruh jasad dan apabila ia rosak, maka rosaklah seluruh jasad.Ketahuilah ia adalah hati.
Hadis riwayat al-lmam al-Bukhari dan Muslim.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment