20.10.10

Berita Gembira Buat Peminat Mutiara

Salam seindah suria kepada anda. Semoga hidup sentiasa ceria dan hebat!

Anda peminat mutiara ke?(bukan Mutiara Sabri yek).

Jika ya,mutiara yang macam mana yang anda minati?
Yang ni?


Atau yang ni?


Ataupun yang ni?


  




Maaf kerana saya tidak mampu membawakan anda mutiara2 itu. Namun, bersama saya ada sebutir mutiara yang lebih bernilai daripada mutiara2 di atas.Ia adalah suatu mutiara yang memberikan sinar kepada hati kita yang semakin suram dan gelap dari hari ke hari. Mutiara berharga ini dipetik dari kalam suci Al-Quran, yang kita baca setiap hari.

Saban hari kita membaca, memeluk, mencium dan memegangnya, namun adakah cukup akan semua itu? (tanya diri kita sendiri dengan ikhlas).

Sudah pasti tidak mencukupi. Tuntutan Al-Quran ke atas kita bukan sekadar membacanya sahaja, akan tetapi adalah lebih jauh lagi iaitu mendalami, mentadabbur, mengkaji, menyebar dan mengamalkannya.

Mampukah untuk melakukan semua itu?

Memang sukar untuk kita melakukannya sekarang. Namun,itu tidak bermakna kita perlu kekal begini. Sekadar membaca Al-Quran tanpa memahaminya, anda selaku mahasiswa tidak selayaknya begitu.

Kita perlu "upgrade" prestasi kita dari hari ke hari. Cukuplah untuk kita berada pada tahap yang lama-sekadar membaca tanpa berusaha untuk mentadabburnya.

Justeru, saya membawakan anda semua sebuah buku yang ringkas(ye la, kalau kompleks sangat tak habis baca pulak) dan tepat untuk menyahut seruan dan tuntutan di atas. Ditulis oleh Ustaz Syauqi Md Zahir Al-Kulimi, seorang pensyarah di matrikulasi UIA Petaling Jaya.

Buku yang ringkas ini membawakan anda 18 mutiara wahyu dari alQuran dan pemahamannya secara mudah.

Buku ini mendapat pujian daripada penulis terkenal, Azizi Hj Abdullah. Ikuti komenya tentang buku ini di sini.

Semoga usaha saya ini akan mendapat rahmat dan berkat dari Ilahi. Bersama-sama kita tingkatkan pemahaman kita tentang Al-Quran.

Dapatkan buku ini pada harga serendah RM10 sahaja.

Anda boleh menghubungi saya di talian 013 628 4033 atau ym di hafiez_qori(at)yahoo.com.

Hantarkan:

Nama,
Kos,
Jumlah buku yg dikehendaki.

Sama-sama kita hayatinya.



  ::"Mutiara Hati" penuh bererti::
  ::Mutiara Wahyu bekali dirimu::

No comments: