5.11.10

It Is Priceless!

"Pemuda yang tidak dilalaikan oleh perniagaan dan tidak (pula) oleh 
jual beli dari mengingat Allah, dan (dari) mendirikan sembahyang, dan (dari) 
membayarkan zakat"
 
Tazkirah selepas solat isya' di surau IM6 ini mengingatkan saya kepada kisah
 
saidina Umar (kalau x silap). Beliau telah mendermakan kebun buahnya. Sebabnya? 
 
Kerana telah dilalaikan oleh kebunnya itu dan tertinggal solat berjemaah.
 
Begitu kecil kesalahannya, bagi kita. Tapi tidak bagi beliau, dan juga 
 
sahabat-sahabat Rasulullah s.a.w, dan juga bagi orang yang mengerti dan memahami 
 
akan nilai solat berjemaah.  Bagi Saidina Umar, nilai solat berjemaah adalah amat
 
 besar, lebih besar daripada nilai kebun buah-buahan yang dimilikinya. Bagaimana 
 
dengan kita? Sebesar manakah nilai solat berjemaah pada pandangan kita?

Susahkah untuk solat berjemaah? Tidak bagi yang berkehendak. Tidak perlu ke masjid,
 
 di dalam bilik pun boleh(tapi solat di masjid terlebihlah afdhalnya). 
 
Tepuklah bahu roomate kita dan ajaklah solat sekali, demi mengejar pahala 
 
berganda 27 kali ganda.

Sama-sama kita renungkan. Oleh kerana masih banyak nota Immunology yang saya 
 
perlu habiskan, maka saya tidak ingin mengulas panjang walaupun idea masih 
 
berlegar. Semoga ia mencukupi sebagai tazkirah ringkas bagi kita hari ini, bagi 
 
mengelakkan hati kita daripada dititipkan satu titik hitam. Bagi mengelakkannya 
 
daripada mati.

Teruskan berusaha demi peperiksaan esok(bagi rakan sekelas saya), lusa dan
 
 seterusnya bagi semua yang mengambil pepriksaan. 
 
Yuk!

2 comments:

Anonymous said...

ade lg, kisah abu thalhah yg tgh solat kt kebun jgk. Tetibe ade 2ekor burung main2 dpn die sehingga die terlalai mase solat. trus die infaqkan kebun tu sbb menyesal solat die x khusyuk... T______T
para sahabat dpt tarbiyah direct drp rasulullah s.a.w. dan kesannya blh kite lihat sndiri. even dosa yg kite rase kecil pun mereka sgt2 takut.

Ukhar said...

subhanallah..sama-sama kita amek pengajaran