Saya menjenguk ke dalam ruangan wad, suasanananya agak sunyi. Kelihatan beberapa orang penghuni Rumah Ehsan, Dungun itu sedang terbaring di atas katil.
Lalu saya menghulurkan tangan untuk bersalaman dengan seorang pak cik. Saya agak gembira kerana beliau menyambut baik kedatangan saya.
Namanya Umar bin Abdullah.
Walaupun saya mempunyai sedikit kesukaran untuk memahami patah katanya, Pak Cik Umar menunjukkan kesungguhan untuk berbual, berbeza dengan beberapa orang pak cik lain yang agak murung ketika menerima kunjungan. Perwatakannya agak muda berbanding dengan umurnya yang berada sekiitar 65tahun. Pak cik Umar ini berasal dari Johor Bahru dan tidak mempunyai anak-anak kerana tidak berkahwin. Beliau menghidapi strok pada badannya dan sudah menetap di Rumah Ehsan ini sekitar 3 tahun.
Apa yang membuatkan saya kagum dengan beliau adalah kerana kisah pengislamannya. Dalam usia sekitar 20-an, beliau telah memikirkan tentang jalan hidup yang patut diikutinya. Dia telah mula berfikir tentang kewajaran menyembah batu-batu yang tidak benyawa. Dia berfikir tentang betapa zalimnya apabila tidak menyembah tuhan yang telah memberikannya banyak nikmat, nikmat hidup, makanan, kesihatan.
Lalu, dengan hidayah Allah, beliau telah mengucapkan syahadah dengan bantuan seorang Imam di Johor. Subhanallah. Walaubagaimanapun, keluarganya tetap melayannya dengan baik. Sesekali mereka datang melawat beliau di sini.
Sepanjang perbualan dengannya, beliau banyak bertanyakan tentang hal ehwal Islam, solat, syurga, neraka.
"Orang kafir, mereka tak akan masuk syurga selamanya kan?
"Orang Islam, ada jugak yang masuk neraka?
"Kalau masuk Islam, kena tukar nama ke?
"Sekarang dah pukul berapa? Zohor masuk pukul berapa?
Mujurlah pada malam sebelumnya saya sempat menghadiri kuliah uztaz Azhar di Balok. Dapatlah saya menjawab soalannya dengan tidak kekok.
"Pak cik, betullah. Orang kafir tak akan dapat masuk syurga selamanya. Mereka kekal di dalam neraka".
"Orang Islam yang banyak dosa akan dimasukkan Allah ke dalam neraka, tapi bukan untuk diazab. Allah mahu membersihkan dahulu segala kekotoran yang ada pada badan mereka. Apabila sudah bersih, maka Allah akan kembalikan ke dalam syurga."
Kalau masuk Islam kena tukar nama? Saya tidak mempunyai kepastian untuk menjawabnya. Setakat pengetahuan saya, anak angkat memang tidak boleh ditukar nama ayahnya. Pernah suatu ketika, anak angkat nabi Muhammad s.a.w dibinkan dengan nama baginda, menjadikan Zaid bin Muhamad. Lalu diturunkan wahyu berkenaan perkara ini, maka nama Zaid dibinkan kembali dengan nama ayah sebenarnya.
Mujurlah Saufi berada di sekitar, lalu dikhabarkan bahawa jika nama sebenar seseorang sudah elok, mempunyai maksud yang baik maka tidak perlu ditukar. Nama sebenar pak cik ni adalah Chellapan anak lelaki Ramachandran. Maksud chellapan adalah 'yang riang'(kalau x silap)
Satu perkara lagi yang membuatkan saya kagum adalah kebolehannya membezakan orang berdasarkan raut wajah. Jika orang yang berniat tak baik, beliau mambu membacanya dari wajah mereka. Beliau akan melayan orang itu dengan sekadarnya sahaja.
"Orang ini memang bagus. Dia buat ibadah banyak. Saya boleh agak"
Katanya merujuk kepada Saufi yang baru beredar dari katilnya.
Saya sempat menyuap pak cik Umar ketika waktu makan tengahari. Agak kekok rasanya. Terkenang saya kepada kisah Nabi Muhammad s.a.w yang selalu menyuapkan makanan kepada seorang perempuan kafir.yang buta, tanpa mendedahkan identiti dirinya. Dengan begitu lemah lembutnya baginda menyuapkan makanan yang telah dikunyahnya sedangkan wanita itu terus-terusan mengutuk Nabi Muhamad s.a.w(tanpa mengetahui bahawa yang menyuapnya adalah baginda Nabi sendiri).
Setelah nabi wafat, seorang sahabat telah cuba menyambung tugas itu. Namun, perempuan tua itu menyatakan bahawa sahabat itu menyuapkan makanan dengan kasar, tidak seperti yang kebiasaanya. Setelah sahabat itu menceritakan siapakah yang selalu menyuapkan makanan, perempuan itu terus mengucapkan syahadah.
Setelah berbual-bual dalam masa sejam, kami mula beredar untuk solat dan makan. Saya sempat membaca doa bersama pak cik Umar, mendoakan beliau terus bahagia dan istiqamah dengan Islam.
Seterusnya kami ke Taman Rekreasi Tasik Puteri di Bukit Besi. Terima kasih kepada ajk yang menganjurkan lawatan ini. Semoga jasa kalian dibala Allah dengan ganjaran sewajarnya.
Semut yang glamour |
hiasan contra |
Kenangan bersama |
Tasik Puteri |
Izat yang "ganaih tak sedar diri" |
Mana dapat nama Periuk Kera? |
No comments:
Post a Comment