PAPISMA |
Siap tumbang lembu sekor |
Baru2 ni ada senior Dentist ajak p tolong khidmat masyarakat kat Permatang Badak. Majlis sunat budak2. Ada ke yang tak tahu sunat tu ape? Sunat tu khatan la dalam bahasa rasminya..Untung jugak rumah dekat u ni,bleh join aktiviti diorang..hehe
Majlis sunat ni anjuran PAS Kawasan Paya Besar, Kuantan.. .Time tu Ustaz Yusuf Embong datang la untuk bagi nasihat kat budak2 tu.Biasanya bersunat ni dalam RM70 kalau kat klinik biasa, tapi peserta yg join ni cuma bayar RM20.Murah2.
Dekat 100 budak |
Masuk2 je dalam bilik, aku tengok dah ada 5,6 orang kanak-kanak sedang melalui proses pendewasaan. Dah nak jadi besar dah.
Aku pergi round meja satu persatu, tengok2 je aktiviti yang berlaku. Sume dah cukup assistant by budak2 UIA. Ada dalam 8 table.Kat bilik lain ada satu table lagi. Last2 skali aku stop kat kat meja untuk prepare alat2 n ubat sume...ha, kena la dengan profesion aku, main ngan ubat.
Aku tengok meja berserabut dengan syringe, ubat, gauze n macam2 lagi la.(gambar aku upload lain kali, internet slow ni. Tggu 3 hb baru laju balik sebab dah abes limit 5gb). Senior tu mintak aku prepare syringe untuk LA. Aku pun baru first time dengar LA nih..ala, Local Anaesthetic..ubat bius.
Aku prepare setiap syringe tu dalam 2ml je. Kalau untuk budak besar sikit, doktor akan amek dalam 3ml. Tapi pada waktu pagi ni besenye 2 ml je yg banyak. Tapi bila dah masuk tghari, doktor sume amek yg 3ml, pastu siap tambah lagi 2 ml, jadi la 5 ml. Kawan aku cakap yg perlu dalam 1.5 ml je sebenarnya.
Jumlah sume yg daftar untuk khatan tu 99 orang! Memang banyak gile. Mujurla ramai jugak doktor2 dari PAPISMA yg datang. PAPISMA tu nama panjang die Pertubuhan Amal Perubatan Ibnu Sina Malaysia (PAPISMA).... Pastu tambah lagi ngan budak2 UIA yg try praktik ilmu diorang, cepat la sikit proses.
Waktu pagi tenang je suasana dia, tak ramai budak yang menangis. tapi masuk je tengahari, bingit telinga dibuatnya. Jeritan budak dari bilik sebelah pun aku dengar. Kitorang sume senyum je mendengarnya, kadang2 gelak bila depa jerit.
Biasanya yang datang tu adik beradik 2,3 orang. Yang peliknya, adik dia relax je, tak menangis pun, abang pulak yang manja. Ada budak tu, dah cucuk ubat bius, last2 skali turun dari meja n keluar,tak jadi sebab takut. Ada pulak yang cancel sebab kena campak/chicken pox. Takut berjangkit.
Amboih, siap senyum lagi |
Ni takbir style |
Doktor2 PAPISMA ni sume Islamic. Diorang suruh budak2 tu mengaji, selawat n zikir sepanjang proses tu. Yang kelakarnya, ada budak tu dok ulang basmallah je dari awal sampai akhir. Ada lagi, 2,3 orang dok berlawan baca al-fatihah. Last2 skali lepas ulang al-fatihah 5,6 kali baru masuk surah lain. Sampai tertukar ayat pun ada.
Lepas abes prepare syringe tu, aku p jaga kat kaunter ubat pulak(padahal table je). setiap kanak2 yg bersunat akan dapat 3 jenis ubat:
1)cloxacillin- antibiotik
2)mephenamic acid- pain killer
-makan time rasa sakit
-xbley amek time perut kosong, nanti pedih perut
3)acriflavin- iodin untuk cuci
Antara ubat n alat lain yg diguna:
1)Ubat bius- xylocaine. Yang ni yang cucuk sebelum potong tu. Effect dia cepat tapi cepat abes. Lepas order baru sampai, doktor bawak Lidocaine-yg ni effect dia lambat berkesan tapi lama. Last2 skali doktor campur dua ni, ha, dapat la effect cepat n tahan lama.
2)alcohol swab
3)CMC/chlorampenicol
4)Bactigrass
5)Catgut-ni jarum n benang utk jahit
Time tu rasa untung giler sebab jumpa ngan senior 2nd batch-abg Shapizan(klu x silap). batch skali ngan bro Rusdi. Skang ni dia bekerja ngan Jabatan Kesihatan Negeri.
Memang lama la nak mengabiskan 99 orang budak ni. Sampai petang tak abes2 lagi. Last2 aku balik terus lepas asar.Letih tapi best!
ni budak medic, memang letih la nak perabihkan 99 orang! |
4 comments:
Buat pharmacist bukhari,
terima kasih kerana mengajar akak cara letak LA dalam hypodermic syringe. ilmu yg bermanfaat tu..jadi amal jariah utk bukhari. :)
sesama...LA tu first time dengar pun dengar kak sebut... =)
Salam...
Menarik programnnya..
Teringin nk join program2 cm2..
wslm.Hadi nak join?bleh2.
nak sunat second time ke?hehe
Post a Comment