22.11.10

Cari la Cinta (updated)

Raihan

Tahniah kepada Raihan kerana sekali lagi telah berjaya mengetuk pintu hatiku. Entahlah ketukan ini merupakan ketukan yang ke-berapa  kali, aku tidak mampu menghitungnya. Namun yang pasti,mereka pernah mengetuknya sebelum ini, dan kini dengan lagu ini. Sama seperti nasyid CINTA HAKIKI.

Ketuk

Ada apa dengan ketuk?



Banyak maknanya.Kadang2, benda yang diketuk akan pecah, lalu jatuh berderai.

Kadang2 tiada kesan apa-apa. But, it is better than un'ketuk'able. An un'ketuk'able heart langsung tidak terkesan dengan ketukan itu, its mean that the message is never reach the heart. Un'ketuk'able!

Namun, yang perlu berlaku adalah seperti ketukan di pintu, yang membuahkan hasil dengan pembukaan pintu itu. Lalu mesej yang ingin disampaikan mampu melepasinya dan menghasilkan chain reaction through second messenger system.

Lalu,DNA, RNA, ribosome, mitochondrion, ER(endoplasmic reticulum, bukan emergency room) dan seluruh angkatan yang sama waktu mengikut zon dengannya pun bekerja untuk menghasilkan tindakbalas. Maka, tuan punya badan akan bereaksi, menghasilkan keadaan yang leih baik.

Lembutkan Hati

Mendengar lagu-lagu, nasyid n bacaan Al-Quran mampu melembutkan hati. Sebab itulah kita dapat menyaksikan ramai orang mampu menitiskan air mata kerana menghayati lagu, nasyid dan zikir2.

Dengan lagu juga ramai manusia akan terbuka hati untuk memeluk Islam.

Maka, marilah kita melembutkan hati kita yang keras dengan mendengar nasyid2, zikir, lagu2 atau yang seumpama dengannya. Siraminya dengan kelembutan selembut bayu, sesejuk salju. Lets Make it 'KETUK'able'!

-thanx to my prenz who introduced me this song-


Carilah Cinta

Album : Demi Masa
Munsyid : Raihan
http://liriknasyid.com


Carilah cinta yang sejati
yang ada hanyalah padanya
Carilah cinta yang hakiki
Yang hanya padanya yang Esa

Carilah cinta yang abadi
yang ada hanya padanya
Carilah kasih yang kekal selamanya
Yang ada hanyalah pada Tuhanmu

a....

Di dalam mencari cinta yang sejati
Banyaknya ranjau kan ditempuhi
Di dalam mendapat cinta yang hakiki
Banyaknya onak yang di redahi

Carilah cinta yang sejati
yang ada hanya padanya
Carilah cinta yang hakiki
Yang hanya padanya yang Esa

Namun janjinya
Kepada Hamba-Nya
Tidak pernah dimungkiri
dan tidak pernah melupakanmu

Di dalam mencari cinta yang sejati
Banyaknya ranjau kan ditempuhi
Di dalam mendapat cinta yang hakiki
Banyaknya onak yang di redahi

Namun janjinya
Kepada Hamba-Nya
Tidak pernah dimungkiri
dan tidak pernah melupakanmu

Yakinlah kepada Tuhan-Mu
Kerna dialah cinta hakiki
Kerna dialah cinta hakiki
Kerna dialah cinta yang hakiki 

No comments: