1.11.10

Nombor 2 Dalam Hidupku

Ada apa dengan nombor 2?

Biasa je, bagi sesetengah orang.

Tapi takpe, hari ni nombor dua agak memberi makna dalam hidup aku hari ini.

2 EXAM:




Hari ni aku ada 2 exam- BMC(Basic Medicinal Chemistry) dan Pathology. Agak banyak la yang nak dibaca. Tetiba je Dr Merzouk awalkan exam BMC tu. Dah la dua-dua subjek berat (bagi aku). Bagi orang lain mudah je kot...

2 KALI POST BLOG:

Entah, tetiba je banyak idea. Mungkin kepala dah ringan sikit lepas exam 2 subjek tadi. Biaq la, asal dapat kongsi ngan kawan-kawan. Mana-mana yang baik boleh amek, yang rasa x baik jangan amek.

2 PERINGATAN:

Hari ni dah 2 kali diberi peringatan oleh ALlah, dengan peringatan yang terbaik. Tengahari tadi time tengah shiokk study pathology, tetiba Fatihi bagitau ada datuk kepada kawan kitorang meninggal. Inna lillah wainna Ilaihi Raaji'uun. Kita semua milik Allah dan sesungguhnya kepadaNYA lah akan kita dikembalikan.

Keduanya, selepas dengar kuliah kat masjid, aku terkejut dan terperanjat kerana terpandangkan jenazah yang diletakkan di belakang jemaah. Sempat la solat jenazah selepas Isya'.

Tak ada lagi masa untuk beribadah selepas mati

Mati itu sebaik-baik peringatan. Selalu je didengari kata2(kot) ni. Tapi kali ini rasanya memang berlainan. Macam baru tersedar selepas berhempas pulas study sampai tak ingat akhirat(biasanya sampai tak ingat dunia).

Baru tersedar yang hidup ni akan ada pengakhiran.

Baru tersedar yang hidup ni cuma sementara.

Baru tersedar apa yang aku lakukan sehari-hari ni akan ditanya.

Pastu dikaitkan pulak dengan ayat yang tuan Imam bacakan tadi, ayat surah al Mulk. Bahawasanya Allah menjadikan hidup dan mati ni untuk menguji dan melihat siapakah antara hambaNya yang paling baik amalannya.

Ya Allah, aku bersyukur padaMu kerana memberikanku peringatan ini. Berikanlahku Hidayah dan Taufiq, kekalkanlah aku dalam Rahmat dan RedhaMu ya Allah. Bantulah aku dan kawanku dalam menjalani hidup yang mencabar ini, dalam menjawab soalan exam, dalam mencari dan mengenalmu  Ya Allah. Janganlah Kau palingkan kami dari matlamat sebenar kami. Amin

3 comments:

Nur Mawaddah said...

aminn.. semoga matlamat menuju ke arah tu tercapai..
2 exam membuatkan mcm2 jadi pd aku hari ni, yg kelakar, yg sedih semua ada. n semuanya ada hikmah di sebalik tu.

Zzminisce said...

ngahahaha.. nk bini 2 ke qorie? ngahahaha

Ukhar said...

bakpe?Nazmi nak tolong cari ke?hehe