6.11.10

Masa Kita Berbeza

Click!
Click!
Click! Click!
Click!Click!Click!
Clicklah aku sebanyak-banyaknya


Dok asyik sangat me'ngelik' tikus ni, tak tersedar jarum jam dah dekat pukul 8 malam.


"Uish, cepatnya. Rasa cam baru je lagi pukul 7.30". Aku sedikit menyesal kerana terlalu asyik menonyoh anggota badan tikus ni. Banyak tugas yang tak terlaksana dek mengadap laptop. Asyik sangat tekan-tekan telinga dia, gosok2 badan dia, alih-alih posisi dia.


Petang tadi dah mengadap, pagi tadi hadap jugak, ni, waktu maghrib pun hadap jugak!
Punya la nak bagi keselesaan untuk hadap laptop.

Allah Maha BESAR
Rasa macam menipu diri sendiri pulak. Setiap kali takbiratul ihram, aku asyik sebut "Allah Maha BESAR". Nak sujud sebut "Allah Maha BESAR". Nak ruku' sebut "Allah Maha BESAR" lagi.Tapi, betul ke aku membesarkan Allah dalam hidup?









        
Petang tadi dah mengadap laptop, pagi tadi hadap jugak, ni, waktu maghrib pun hadap laptop.Macam aku membesarkan laptop pulak. Asyik sangat bersama laptop.Astaghfirullahalziim.

Dulu, dah pernah dengar dah kuliah daripada Tok Guru pondok kat sebuah masjid kat Shah Alam.

"Taghut tu apa-apa yang menjauhkan kita daripada Allah"

Taghut mungkin dalam bentuk duit, dalam bentuk wanita, harta. Ada yang berbentuk orang kafir harbi, ada berbentuk parti dan macam-macam lagi. Laptop? Nauzubillahiminzaalik. Use our laptop wisely.

Pada hari lainnya pulak, aku tersadai kat masjid lepas maghrib. Hujan lebat sangat. Sambil-sambil tunggu tu, sempat baca Quran 2,3 page. Sempat mundar-mandir baca artikel kat board. Tengok jam," Aik, lambat lagi isya'? Rasa lama je lagi masa.

Patutla, kawan-kawan aku selalu sebut pasal keberkatan masa. Bergantung kepada bagaimana kita menggunakannya. Kalau buat benda baik, ada la keberkatannya.
Kejar jangan tak kejar

Lihat sahaja kisah hidup Imam Nawawi rahimahullah. Jumlah kitab yang ditulisnya melebihi jumlah umurnya. Kalau dihitung jumlah umurnya, tak mungkin manusia biasa mampu mengarang kitab sebanyak itu. Kalau kita mengaji kitab yang ditulisnya, dah sampai umur tua pun tak habis2 lagi.

So, pandai-pandai la atur masa. Jangan habiskan banyak masa untuk sesuatu perkara sahaja. Masih banyak tanggungjawab yang perlu kita buat. Kita alihkan sedikit masa berfacebook, menonton movie dan main game kepada self improvement, baca buku, baca Quran, dengar kuliah.

"Kewajipan Itu Lebih Banyak Daripada Masa Yang Kita Ada"
Imam Hasan AL-Banna

No comments: