Showing posts with label Masjid2u. Show all posts
Showing posts with label Masjid2u. Show all posts

7.5.11

Kisah Seram di Sebuah Masjid

Kisah ni bukanlah berlaku kepada saya sendiri( bukan nama sebenar tapi diceritakan oleh seseorang). Pada suatu malam Jumaat(hiiiiiiiiiiiii), ketika anginnya bertiup sepoi2 bahasa, namun sejuknya terasa ke sumsum tulang. Kadang2, kedengaran... seketika anjing2 bersalakan, auuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuu,auuuuuuuuuuuuu...bulu roma meremang seketika, entah kenapa...

5.11.10

It Is Priceless!

"Pemuda yang tidak dilalaikan oleh perniagaan dan tidak (pula) oleh 
jual beli dari mengingat Allah, dan (dari) mendirikan sembahyang, dan (dari) 
membayarkan zakat"
 
Tazkirah selepas solat isya' di surau IM6 ini mengingatkan saya kepada kisah
 
saidina Umar (kalau x silap). Beliau telah mendermakan kebun buahnya. Sebabnya? 
 
Kerana telah dilalaikan oleh kebunnya itu dan tertinggal solat berjemaah.
 
Begitu kecil kesalahannya, bagi kita. Tapi tidak bagi beliau, dan juga 
 
sahabat-sahabat Rasulullah s.a.w, dan juga bagi orang yang mengerti dan memahami 
 
akan nilai solat berjemaah.  Bagi Saidina Umar, nilai solat berjemaah adalah amat
 
 besar, lebih besar daripada nilai kebun buah-buahan yang dimilikinya. Bagaimana 
 
dengan kita? Sebesar manakah nilai solat berjemaah pada pandangan kita?

Susahkah untuk solat berjemaah? Tidak bagi yang berkehendak. Tidak perlu ke masjid,
 
 di dalam bilik pun boleh(tapi solat di masjid terlebihlah afdhalnya). 
 
Tepuklah bahu roomate kita dan ajaklah solat sekali, demi mengejar pahala 
 
berganda 27 kali ganda.

Sama-sama kita renungkan. Oleh kerana masih banyak nota Immunology yang saya 
 
perlu habiskan, maka saya tidak ingin mengulas panjang walaupun idea masih 
 
berlegar. Semoga ia mencukupi sebagai tazkirah ringkas bagi kita hari ini, bagi 
 
mengelakkan hati kita daripada dititipkan satu titik hitam. Bagi mengelakkannya 
 
daripada mati.

Teruskan berusaha demi peperiksaan esok(bagi rakan sekelas saya), lusa dan
 
 seterusnya bagi semua yang mengambil pepriksaan. 
 
Yuk!

7.7.10

Hisap La...

Nak hisap rokok?

Hisap la..

Tapi,

Perlu disertakan dengan niat, niat nak berhenti merokok. Setiap kali hidupkan api untuk membakar rokok, niatkan dalam hati bahawa aku mahu BERHENTI merokok. Begitu juga bagi setiap sedutan.

Sedut, niat, hembus.

Sedut, niat, hembus.

Sedut, niat, hembus.

Begutlah katanya Ust Mad Ali. Best jugak dengar kuliah dia kat masjid Indera Mahkota 2(dekat kedai pakej). Menurut pak cik tu, dia ajar pada mggu first setiap bulan. Jom p dengar ramai2. Support our fellow...hehe. Takdela, sebenarnya untuk kebaikan kita juga. Kita kan masih kekurangan ilmu. Jom2..

Ha, kalau dah niat tu, kena lah dilanjutkan dengan usaha untuk berhenti. Takkan lah pakai niat je. Kalau tak, jadilah seperti makan nasi just pakai niat. Kenyang gilerr lan?

Tapi ingat, ini hanyalah untuk yang sudah ketagih dengan rokok. Yang akan biru mukanya kalau tak jumpa rokok. Yang akan demam seminggu kalau berhenti mengejut. Yang akan hilang selera makan. Bagi yang belum pernah, jangan sekali2 cuba. Ulama-ulama sudah menghukumkan haram menghisap rokok.

Rujukan lanjut: Ust Zaharuddin

29.6.10

Kalaulah Nabi Muhammad sahut seruan Yahudi...

Semalam, saya sempat mengikuti ayah saya ke Felda Neram untuk mengikuti kuliah maghrib yang disampaikan oleh ust Badrul Zaini.

Sebelum memulakan pengajian kitab, ustaz sempat menyentuh sedikit tentang i'tibar daripada Isra' Mi'raj( sebab sekarang merupakan bulan Rejab).

Isra' Mi'raj bukanlah kisah yang patut didengar semata2, tetapi kita perlu mengambil pengajaran darinya. Daripada kuliah itu, dapat saya simpulkan tiga pengajaran yang patut kita semua ambil perhatian.

1. 4 ujian/tarikan

Semasa dalam perjalanan untuk berjumpa Allah, Nabi Muhammad telah mendengar beberapa panggilan. Antaranya ialah daripada Yahudi, Nasrani, dunia dan syaitan. Malaikat Jibrail telah melarang Nabi Muhammad daripada menyahutr panggilan itu. Katanya "jika kamu menyahut panggilan itu hai Muhammad, nescaya seluruh umatmu akan sesat".

Dapat kita saksikan hari ini, betapa kuatnya ujian, cubaan, godaan yang datang daripada 4 pihak ini. Contohnya, puak Yahudi cuma melemparkan sebiji bola sahaja ke Afrika, habis seluruh dunia tertumpu kepadanya.

Kaki2 bola sampaikan sanggup turun ke bandar untuk minum secawan teh sambil menyaksikan perlawanan bola. Balik pada waktu pagi hari. Sedangkan masjid di kampung hanya dikunjungi sekali seminggu. Walaupun masjid dekat, panggilan azan didengari setiap hari, akan tetapi tidak pernah disahutnya untuk turut hadir ke masjid. Berbeza dengan bola, tidak perlu dipanggil berkali2, cukup dengan diberikan jadual dan waktu perlawanan, umat Islam sendiri yang akan tertunggu2 untuk menyaksikannnya.

Kata ustaz lagi, keadaan ini berlaku walaupun Nabi Muhammad tidak menyahut seruan2 itu, kalau disahutnya dahulu, tak tahulah bagaimana pula yang akan berlaku.

2. Siksaan Yang Disaksikan Adalah Untuk Kita.

Semasa Nabi Muhammad dibawa melawat neraka, berbagai-bagai siksaan yang mengerikan telah disaksikannya. Ada yang menghantukkan kepala ke batu sampai pecah, ada yang menggunting lidah, ada yang berenang di dalam lautan nanah yang mengalir daripada kemaluan wanita2 pelacur dan berbagai2 lagi siksaan yang sungguh mengerikan dan mengecutkan perut.

Persoalannya,untuk siapa semua siksaan itu akan berlaku? Tentulah kepada kita semua, umatnya. Siksaan itu bukan untuk umat terdahulu shaja. Ia akan dikenakan kepadsa sesiapa sahaja yang melakukan kemungkaran kepada Allah, orang yang lupa asal kejadian dirinya, manusia yang tidak sedar siapakah dirinya yang sebenar. Kita hanyalah hamba abdi yang hina dina, banyak melakukan kederhakaan kepada Allah walaupun telah dikurniakan dengan pelbagai nikmat dan anugerah oleh Allah untuk hidup di dunia ini.

Sebagai contoh, satu siksa yang dikenakan kepada seorang wanita.Badannya digantung melalui rambutnya, dan kakinya dibakar sehinggalah bergelegak otaknya. Itulah siksaan yang dikenakan kepada wanita yang tidak menutup auratnya.

Apabila disebut mengenai menutup aurat, masih ramai yang kurang mengerti akan pengertiannya yang sebenar. Kita perlu menutup aurat, bukannya menutup kulit, ataupun menutup rambut. Aurat adalah sesuatu yang mengaibkan jika didedahkan dan wajib ditutup. Ramainya wanita hari ini yang hanya menutup kepala, tetapi memakai baju berlengan pendek. Ada yang memakai tudung, tetapi rambutnya masih lagi terbayang2, ada yang memakai tudung akan tetapi tidak menutupi bahagian dada. Sama-samalah kita memeriksa kembali cara2 menutup aurat yang mematuhi syarat.

3. Tanggungjawab membebaskan Palestin atas kita semua.

Apabila membicarakan Isra' Mi'raj, kita tidak boleh lari daripada isu Palestin, kerana perjalanan Nabi berlaku dari Masjidil Haram ke Masjidil Aqsa yang terletak di Palestin.

Palestin merupakan tanah suci kita, umat Islam. Palestin telah menjadi tempat kelahiran ramai para an'biya'. Ia merupakan tanah air nenek moyang kita yang patut kita sama2 pertahankan. Cuba bayangkan jika tanah kebun kita hari ini diduduki oleh pendatang asing tanpa izin? Nescaya kita bermati-matian menghalau mereka daripad tanah kebun kita itu.

Namun, sentimen kebangsaan masih lagi kuat berpegang dalam minda kita.Kita tidak merasakan pun bahawa Palestin itu sebagai tanah milik kita semua. Biarlah, Palestin tu kan negara lain. Aku ni penduduk Malaysia. Itu bukannya isu yang patut aku susahkan hati kerananya.

Dr Yusof AlQardhawi telah mengeluakan fatwa bahawa selagi mana Palestin tidak dibebaskan, semua umat Islam menanggung satu kewajipan untuk membebaskannya.

Selepas selesai kuliah, saya duduk bersama2 para jemaah sambil minum2 dan makan keropok. Emm, best jugak rasanya...Tetiba pulak terfikir, bagaimana agaknya keadaan penduduk Palestin sekarang ye? Apa yang diorang makan?

Latihlah diri hadir ke masjid dan kuliah agama kerana maut tidak mengenal usia.

1.6.10

Masjid To You


Kuliah by Ustaz Shukri
Masjid Afzan

-Di akhirat nanti, nabi Muhammad akan mengenali umatnya melalui cahaya yang terpancar daripada anggota wudhu'.

-Membasuh anggota wudhu' lebih daripada 3 kali boleh membawa kepada makruh(jika berwudhu' di rumah) dan haram(jika berwudhu di tempat awam-orang lain yang bayar bil)


-Ketika membasuh tangan, kita perlu mula dari atas ke bawah(siku) bukannya dari siku ke tangan
-gosok2 sikit

24.5.10

Hanya Satu Zarah!



Hanya satu zarah!
Dibawakan oleh malaikat kepada Adam a.s untuk digunakan sebagai bahan bakar untuk memasak. Arghhhh, masih terlalu panas. Tak mampu dipegang, tak mampu didekati.

Lalu malaikat terbang pergi. Menyelam ke dasar lautan. Lalu, kepanasan daripada satu zarah meresap ke dalam lautan. Malaikat terbang kembali kepada Adam a.s. Namun, tak disangka, kepanasannya masih amat sangat.

Dibawanya malaikat si satu zarah ke puncak gunung. Meresapnya haba ke gunung-gunung. Kepanasannya mengeluarkan wap2..yang meresap ke dalam pokok, batu, daun.

Lalu, dibawanya kembali kepada Adam a.s. dan barulah dapat digunakan. Barulah kepanasannya mampu didekati.

Apa yang istimewanya? Tiada, hanya kisah dahulu kala, pada pandangan kita. Benarkah begitu? Lalu satu bangsa yang dahulunya ketinggalan, mengkaji, mengkaji dan terus mengkaji kisah ini.

Pengkajian membawa mereka ke laut luas yang dalam..dan ditemuinya api yang dibawa malaikat. Api hitam yang menjadi rebutan, menjadi sumber kekayaan. Dijejakinya lagi kisah ini, dan ditemuinya lagi bahawa api yang dibawa ke puncak gunung telah mencetuskan letusan2 gunung berapi yang semakin rancak di zaman ini.



Wap2 itu ke mana perginya?

Meresap ke dalam kayu kayan dan menjadi bahan bakar. Meresap ke dalam batu menghasilkan belerang. Semuanya dengan kuasa Allah.



yaitu Tuhan yang menjadikan untukmu api dari kayu yang hijau, maka tiba-tiba kamu nyalakan (api) dari kayu itu. YaSiin 80

Tersangat panasnya api neraka. Sedangkan api dunia pun tidak kita tertanggung, inikan pula api neraka. Api dunia yang berasal daripada hanya satu zarah, bukannya SETITIS, bukannya seketul, bukannya setongkol.

-Menulis untuk diri sendiri-
-Semoga tertitis di hati-
-Adaptasi daripada Imam masjid Kampung Perasing Jaya-