29.6.10

Kalaulah Nabi Muhammad sahut seruan Yahudi...

Semalam, saya sempat mengikuti ayah saya ke Felda Neram untuk mengikuti kuliah maghrib yang disampaikan oleh ust Badrul Zaini.

Sebelum memulakan pengajian kitab, ustaz sempat menyentuh sedikit tentang i'tibar daripada Isra' Mi'raj( sebab sekarang merupakan bulan Rejab).

Isra' Mi'raj bukanlah kisah yang patut didengar semata2, tetapi kita perlu mengambil pengajaran darinya. Daripada kuliah itu, dapat saya simpulkan tiga pengajaran yang patut kita semua ambil perhatian.

1. 4 ujian/tarikan

Semasa dalam perjalanan untuk berjumpa Allah, Nabi Muhammad telah mendengar beberapa panggilan. Antaranya ialah daripada Yahudi, Nasrani, dunia dan syaitan. Malaikat Jibrail telah melarang Nabi Muhammad daripada menyahutr panggilan itu. Katanya "jika kamu menyahut panggilan itu hai Muhammad, nescaya seluruh umatmu akan sesat".

Dapat kita saksikan hari ini, betapa kuatnya ujian, cubaan, godaan yang datang daripada 4 pihak ini. Contohnya, puak Yahudi cuma melemparkan sebiji bola sahaja ke Afrika, habis seluruh dunia tertumpu kepadanya.

Kaki2 bola sampaikan sanggup turun ke bandar untuk minum secawan teh sambil menyaksikan perlawanan bola. Balik pada waktu pagi hari. Sedangkan masjid di kampung hanya dikunjungi sekali seminggu. Walaupun masjid dekat, panggilan azan didengari setiap hari, akan tetapi tidak pernah disahutnya untuk turut hadir ke masjid. Berbeza dengan bola, tidak perlu dipanggil berkali2, cukup dengan diberikan jadual dan waktu perlawanan, umat Islam sendiri yang akan tertunggu2 untuk menyaksikannnya.

Kata ustaz lagi, keadaan ini berlaku walaupun Nabi Muhammad tidak menyahut seruan2 itu, kalau disahutnya dahulu, tak tahulah bagaimana pula yang akan berlaku.

2. Siksaan Yang Disaksikan Adalah Untuk Kita.

Semasa Nabi Muhammad dibawa melawat neraka, berbagai-bagai siksaan yang mengerikan telah disaksikannya. Ada yang menghantukkan kepala ke batu sampai pecah, ada yang menggunting lidah, ada yang berenang di dalam lautan nanah yang mengalir daripada kemaluan wanita2 pelacur dan berbagai2 lagi siksaan yang sungguh mengerikan dan mengecutkan perut.

Persoalannya,untuk siapa semua siksaan itu akan berlaku? Tentulah kepada kita semua, umatnya. Siksaan itu bukan untuk umat terdahulu shaja. Ia akan dikenakan kepadsa sesiapa sahaja yang melakukan kemungkaran kepada Allah, orang yang lupa asal kejadian dirinya, manusia yang tidak sedar siapakah dirinya yang sebenar. Kita hanyalah hamba abdi yang hina dina, banyak melakukan kederhakaan kepada Allah walaupun telah dikurniakan dengan pelbagai nikmat dan anugerah oleh Allah untuk hidup di dunia ini.

Sebagai contoh, satu siksa yang dikenakan kepada seorang wanita.Badannya digantung melalui rambutnya, dan kakinya dibakar sehinggalah bergelegak otaknya. Itulah siksaan yang dikenakan kepada wanita yang tidak menutup auratnya.

Apabila disebut mengenai menutup aurat, masih ramai yang kurang mengerti akan pengertiannya yang sebenar. Kita perlu menutup aurat, bukannya menutup kulit, ataupun menutup rambut. Aurat adalah sesuatu yang mengaibkan jika didedahkan dan wajib ditutup. Ramainya wanita hari ini yang hanya menutup kepala, tetapi memakai baju berlengan pendek. Ada yang memakai tudung, tetapi rambutnya masih lagi terbayang2, ada yang memakai tudung akan tetapi tidak menutupi bahagian dada. Sama-samalah kita memeriksa kembali cara2 menutup aurat yang mematuhi syarat.

3. Tanggungjawab membebaskan Palestin atas kita semua.

Apabila membicarakan Isra' Mi'raj, kita tidak boleh lari daripada isu Palestin, kerana perjalanan Nabi berlaku dari Masjidil Haram ke Masjidil Aqsa yang terletak di Palestin.

Palestin merupakan tanah suci kita, umat Islam. Palestin telah menjadi tempat kelahiran ramai para an'biya'. Ia merupakan tanah air nenek moyang kita yang patut kita sama2 pertahankan. Cuba bayangkan jika tanah kebun kita hari ini diduduki oleh pendatang asing tanpa izin? Nescaya kita bermati-matian menghalau mereka daripad tanah kebun kita itu.

Namun, sentimen kebangsaan masih lagi kuat berpegang dalam minda kita.Kita tidak merasakan pun bahawa Palestin itu sebagai tanah milik kita semua. Biarlah, Palestin tu kan negara lain. Aku ni penduduk Malaysia. Itu bukannya isu yang patut aku susahkan hati kerananya.

Dr Yusof AlQardhawi telah mengeluakan fatwa bahawa selagi mana Palestin tidak dibebaskan, semua umat Islam menanggung satu kewajipan untuk membebaskannya.

Selepas selesai kuliah, saya duduk bersama2 para jemaah sambil minum2 dan makan keropok. Emm, best jugak rasanya...Tetiba pulak terfikir, bagaimana agaknya keadaan penduduk Palestin sekarang ye? Apa yang diorang makan?

Latihlah diri hadir ke masjid dan kuliah agama kerana maut tidak mengenal usia.

No comments: