Bunyi titisan air itu menemaniku yang berseorangan membasuh pinggan mangkuk di dapur.Aku luaskan bukaan paip air yang menitis dan membilas pinggan yang sudah disabunkan.
Aku baru sahaja tiba di rumah petang tadi setelah menghadiri program SAP 2010(studentadventureprogram).Rasa letih masih lagi terasa. Ingin sahaja kutolak permintaan ibuku supaya membasuh pinggan mangkuk. Rasa malas dan letih bercampur baur di fikiran.
Sedang ku asyik membilas, tiba-tiba sahaja meresap perasaan bersalah di fikiran. Sungguh tak patut untuk aku merasa malas dalam membantu ibuku.Ku cuba menghitung-hitung dan mendapati masa yang ada semakin singkat. Beberapa minggu sahaja lagi aku akan kembali ke kampus.dalam tempoh itulah tinggal peluangku untuk berbakti kepada ibu bapa. Akan tetapi, belajar itu pun salah satu bentuk lain dalam membantu ibu bapa kan?
Bersama abang dan kakak ipar
Basuh pinggan, basuh dan lipat baju, mengemas rumah, sapu lantai- semuanya nampak seperti kerja yang remeh temeh. Namun, cuba kita bayangkan perasaan ibu yang baru sahaja pulang ke rumah dengan keletihan, yang melihat banyak lagi kerja yang perlu di'settle'kan. Pinggan mangkuk bertindangan, kain baju bergelimpangan, sampah sarap berserakan.
Sedangkan si anak enak sahaja tidur, 'membukukan wajah' di internet, main game dan apa2 sahaja yang tidak produktif dan sumbangan-free. Macam la letih sangat belajar kat universiti tu. "Time balik ni nak berehat pulak mak. Dah letih belajar berbulan2".
Tapi, betul ke 2, 3 minggu lagi? Lihatlah dalam skop yang lebih luas. Wajah ibu kita yang semakin kurang tegangnya, wajah yang banyak berjasa, wajah yang berkerut menahan kesakitan ketika melahirkan kita. Entah berapa lama lagi wajah itu akan dapat kita tatap sebaik kita membuka mata di pagi hari? Wallahua'lam.
1 comment:
huhu.. (T_T)
Post a Comment