29.6.10

Kalaulah Nabi Muhammad sahut seruan Yahudi...

Semalam, saya sempat mengikuti ayah saya ke Felda Neram untuk mengikuti kuliah maghrib yang disampaikan oleh ust Badrul Zaini.

Sebelum memulakan pengajian kitab, ustaz sempat menyentuh sedikit tentang i'tibar daripada Isra' Mi'raj( sebab sekarang merupakan bulan Rejab).

Isra' Mi'raj bukanlah kisah yang patut didengar semata2, tetapi kita perlu mengambil pengajaran darinya. Daripada kuliah itu, dapat saya simpulkan tiga pengajaran yang patut kita semua ambil perhatian.

1. 4 ujian/tarikan

Semasa dalam perjalanan untuk berjumpa Allah, Nabi Muhammad telah mendengar beberapa panggilan. Antaranya ialah daripada Yahudi, Nasrani, dunia dan syaitan. Malaikat Jibrail telah melarang Nabi Muhammad daripada menyahutr panggilan itu. Katanya "jika kamu menyahut panggilan itu hai Muhammad, nescaya seluruh umatmu akan sesat".

Dapat kita saksikan hari ini, betapa kuatnya ujian, cubaan, godaan yang datang daripada 4 pihak ini. Contohnya, puak Yahudi cuma melemparkan sebiji bola sahaja ke Afrika, habis seluruh dunia tertumpu kepadanya.

Kaki2 bola sampaikan sanggup turun ke bandar untuk minum secawan teh sambil menyaksikan perlawanan bola. Balik pada waktu pagi hari. Sedangkan masjid di kampung hanya dikunjungi sekali seminggu. Walaupun masjid dekat, panggilan azan didengari setiap hari, akan tetapi tidak pernah disahutnya untuk turut hadir ke masjid. Berbeza dengan bola, tidak perlu dipanggil berkali2, cukup dengan diberikan jadual dan waktu perlawanan, umat Islam sendiri yang akan tertunggu2 untuk menyaksikannnya.

Kata ustaz lagi, keadaan ini berlaku walaupun Nabi Muhammad tidak menyahut seruan2 itu, kalau disahutnya dahulu, tak tahulah bagaimana pula yang akan berlaku.

2. Siksaan Yang Disaksikan Adalah Untuk Kita.

Semasa Nabi Muhammad dibawa melawat neraka, berbagai-bagai siksaan yang mengerikan telah disaksikannya. Ada yang menghantukkan kepala ke batu sampai pecah, ada yang menggunting lidah, ada yang berenang di dalam lautan nanah yang mengalir daripada kemaluan wanita2 pelacur dan berbagai2 lagi siksaan yang sungguh mengerikan dan mengecutkan perut.

Persoalannya,untuk siapa semua siksaan itu akan berlaku? Tentulah kepada kita semua, umatnya. Siksaan itu bukan untuk umat terdahulu shaja. Ia akan dikenakan kepadsa sesiapa sahaja yang melakukan kemungkaran kepada Allah, orang yang lupa asal kejadian dirinya, manusia yang tidak sedar siapakah dirinya yang sebenar. Kita hanyalah hamba abdi yang hina dina, banyak melakukan kederhakaan kepada Allah walaupun telah dikurniakan dengan pelbagai nikmat dan anugerah oleh Allah untuk hidup di dunia ini.

Sebagai contoh, satu siksa yang dikenakan kepada seorang wanita.Badannya digantung melalui rambutnya, dan kakinya dibakar sehinggalah bergelegak otaknya. Itulah siksaan yang dikenakan kepada wanita yang tidak menutup auratnya.

Apabila disebut mengenai menutup aurat, masih ramai yang kurang mengerti akan pengertiannya yang sebenar. Kita perlu menutup aurat, bukannya menutup kulit, ataupun menutup rambut. Aurat adalah sesuatu yang mengaibkan jika didedahkan dan wajib ditutup. Ramainya wanita hari ini yang hanya menutup kepala, tetapi memakai baju berlengan pendek. Ada yang memakai tudung, tetapi rambutnya masih lagi terbayang2, ada yang memakai tudung akan tetapi tidak menutupi bahagian dada. Sama-samalah kita memeriksa kembali cara2 menutup aurat yang mematuhi syarat.

3. Tanggungjawab membebaskan Palestin atas kita semua.

Apabila membicarakan Isra' Mi'raj, kita tidak boleh lari daripada isu Palestin, kerana perjalanan Nabi berlaku dari Masjidil Haram ke Masjidil Aqsa yang terletak di Palestin.

Palestin merupakan tanah suci kita, umat Islam. Palestin telah menjadi tempat kelahiran ramai para an'biya'. Ia merupakan tanah air nenek moyang kita yang patut kita sama2 pertahankan. Cuba bayangkan jika tanah kebun kita hari ini diduduki oleh pendatang asing tanpa izin? Nescaya kita bermati-matian menghalau mereka daripad tanah kebun kita itu.

Namun, sentimen kebangsaan masih lagi kuat berpegang dalam minda kita.Kita tidak merasakan pun bahawa Palestin itu sebagai tanah milik kita semua. Biarlah, Palestin tu kan negara lain. Aku ni penduduk Malaysia. Itu bukannya isu yang patut aku susahkan hati kerananya.

Dr Yusof AlQardhawi telah mengeluakan fatwa bahawa selagi mana Palestin tidak dibebaskan, semua umat Islam menanggung satu kewajipan untuk membebaskannya.

Selepas selesai kuliah, saya duduk bersama2 para jemaah sambil minum2 dan makan keropok. Emm, best jugak rasanya...Tetiba pulak terfikir, bagaimana agaknya keadaan penduduk Palestin sekarang ye? Apa yang diorang makan?

Latihlah diri hadir ke masjid dan kuliah agama kerana maut tidak mengenal usia.

27.6.10

Sedetik Yang Tinggal

Tap,Tap,Tap.


Bunyi titisan air itu menemaniku yang berseorangan membasuh pinggan mangkuk di dapur.Aku luaskan bukaan paip air yang menitis dan membilas pinggan yang sudah disabunkan.

Aku baru sahaja tiba di rumah petang tadi setelah menghadiri program SAP 2010(studentadventureprogram).Rasa letih masih lagi terasa. Ingin sahaja kutolak permintaan ibuku supaya membasuh pinggan mangkuk. Rasa malas dan letih bercampur baur di fikiran.

Sedang ku asyik membilas, tiba-tiba sahaja meresap perasaan bersalah di fikiran. Sungguh tak patut untuk aku merasa malas dalam membantu ibuku.Ku cuba menghitung-hitung dan mendapati masa yang ada semakin singkat. Beberapa minggu sahaja lagi aku akan kembali ke kampus.dalam tempoh itulah tinggal peluangku untuk berbakti kepada ibu bapa. Akan tetapi, belajar itu pun salah satu bentuk lain dalam membantu ibu  bapa kan?

 Bersama abang dan kakak ipar


       Basuh pinggan, basuh dan lipat baju, mengemas rumah, sapu lantai- semuanya nampak seperti kerja yang remeh temeh. Namun, cuba kita bayangkan perasaan ibu yang baru sahaja pulang ke rumah dengan keletihan, yang melihat banyak lagi kerja yang perlu di'settle'kan. Pinggan mangkuk bertindangan, kain baju bergelimpangan, sampah sarap berserakan.

       Sedangkan si anak enak sahaja tidur, 'membukukan wajah' di internet, main game dan apa2 sahaja yang tidak produktif dan sumbangan-free. Macam la letih sangat belajar kat universiti tu. "Time balik ni nak berehat pulak mak. Dah letih belajar berbulan2".
 

       Tapi, betul ke 2, 3 minggu lagi? Lihatlah dalam skop yang lebih luas. Wajah ibu kita yang semakin kurang tegangnya, wajah yang banyak berjasa, wajah yang berkerut menahan kesakitan ketika melahirkan kita. Entah berapa lama lagi wajah itu akan dapat kita tatap sebaik kita membuka mata di pagi hari? Wallahua'lam.

23.6.10

Photoshop 1-Teknik Meregang2kan Dan Mengendurkan Urat

Beginilah rupa akhir hasil kerja ini




1.Click File>New

2. Choose like above

3.Choose Type tool

4.Type 'MAK'

5.Choose 'Move' tool

6. Click at the square near the pic below and drag


7.Click on the Background layer and type E. position it at suitable place like below

8.Type 'D ffer nces' and resize it

9.Click on Background laye and type 'I'
10.Type 'N' and the 'your'
11.Type 'L fe' and move it to suitable place

12. Double click on  layer 'D ffer nces'


13.Window below will open. Click on outer glow and make like below
14.Double click on background layer, click ok and double click again.

15.Click on Gradient and choose from the template



16.And here it comes

21.6.10

Backup Your Data!!!

"Kakak, tukar la ke window seven."

"Eish, takpe lah dulu. Banyak lagi kerja yang nak kena buat. Tunggu siap dulu tesis ni."

Namun, akhirnya kakakku mengalah. Window Vista yang digunakannya semakin hari semakin berat dan lambat.

"Erm, ok lah, esok mung format lah. Biar kakak save dulu barang-barang ke dalam partition D"

Aku teringat akan nasihat yang diberikan oleh lecturer ICT ku dahulu supaya membuat backup data di beberapa tempat. Buatlah backup di dalam pen-drive, laptop, cd dan external hard disk.

Lantas aku bertanya, "Kakak ada buat backup dop?

"Ada, buat backup guna email"

Aku terkejut, sekarang makin canggih rupanya. Boleh buat backup guna internet. Nak tahu camne? search la sendiri. Aku takk sempat tanya lagi kakakku pasal tu.

"Dulu ada kawan kakak, laptop dia kena curi. Masa tu dia tengah siapkan tesis. Terpaksa la dia buat dari mula"

Aku kesian mendengarnya. Kalau ada buat backup, sekurang-kurangnya ada lah sedikit bahan yang tersisa. Tak perlu nak mula dari kosong.

Kalau hilang pen drive, kat dalam laptop ada.

Kalau hilang laptop/kena curi(nauzubillahiminzalik), dalam cd/ pendrive ada lagi.

Banyak kemungkinan kehilangan data boleh berlaku.

Kecurian
Kena virus
Lupa
Masuk air
Silap format

Faster, easier, cooler(pad)


Dan macam2 lagi.Yang paling penting, senang nak tukar window. =)...
p/s: kalau nak tukar window tu contact lah saya ye..hehe

15.6.10

Demonstrasi Yang SIa-Sia

Dambil dari laman web Ustaz Pahrol Mohd Juoi



http://genta-rasa.com/2010/06/05/mari-demonstrasi-hari-hari/


MARI KITA DEMONSTRASI HARI-HARI!
Setelah pulang daripada demonstrasi anti-Yahudi, seorang Pak Cik berbual dengan saya sewaktu sama-sama menunggu giliran mendapat rawatan di sebuah klinik.
“Puas hati. Kami dah bakar bendera Israel. Hancur luluh dibuatnya. Gambar PM Israel pun banyak yang kami robek-robekkan. Kalaulah tidak mengenangkan undang-undang, kami dah bakar kedutaan Amerika. Tapi kami masih rasional.”
Saya mengangguk-angguk kepala sahaja.
“Tel Aviv akan bergegar minggu ini dengan demonstrasi oleh seluruh dunia Islam. Dijangka banyak lagi siri demonstrasi akan diatur minggu hadapan. Awak jangan lepas peluang.”
Saya mengangguk kepala. Mungkin kerana demam, saya banyak diam. Lagipun saya telah berjanji pada diri, dalam berinteraksi perlu menjadi pendengar.
“Eh, awak tidak ada respons langsung. Baru demam sikit… janganlah begitu. Rakyat Palestin dibom, ditembak dan disekat bekalan makanan dan keperluan. Itu lagi teruk.”
Kali ini saya senyum. Saya bersuara perlahan, “saya sokong tindakan Pak Cik dan demonstrasi menyatakan pendirian kita menentang kekejaman Yahudi.”
“Bagus. Suara saya serak melaungkan takbir semalam. Dada ni sakit-sakit sejak akhir ni.”
“Kenapa Pak Cik?”
“Rokok dik. Semuanya fasal rokok ni.”
“Pak Cik hisap rokok apa?” saya mula teruja untuk berbual.
“Masih Winston. Dah sebati sejak dulu.”
Winston from America?” bisik saya perlahan.
Kali ini Pak Cik tu pula mengangguk-angguk.
“Sakit-sakit Pak cik pun masih kuat berdemonstrasi. Apa pandangan adik tentang demonstrasi ini?” kilasnya mengalih arah perbualan.
“Ada langkah yang lebih utama dan pertama daripada itu,” tegas saya.
“Apa dia?”
“Solat Subuh berjemaah.”
“Kita cakap bab jihad, awak bercakap bab ibadat.” Muka pak Cik itu mula memerah. Tangannya mula digenggam.
“Jihad dan ibadat tidak terpisah. Bahkan ibadat itulah yang akan membangunkan roh jihad yang sejati.”
“Kita mesti sanggup memikul senjata.”
“Betul. Tetapi kuakkan dulu selimut menutup umat yang masih tidur menjelang Subuh.”
“Saya tak faham.”
“Pak Cik, Israel mesti ditentang menurut kaedah yang menyakitkan mereka.”
“Apa yang menyakitkan mereka?”
“Mereka bimbang sekiranya bilangan orang Islam yang solat subuh berjemaah sama dengan bilangan orang Islam yang solat Jumaat! Ini diakui oleh cerdik pandai mereka sendiri.”
“Jadi?”
“Sebaik-baik ‘demonstrasi’ ialah didik umat ini bersolat Subuh secara berjemaah di surau-surau dan masjid. Solat itu hubungan kita dengan Allah. Jangan harap musuh akan kalah, kalau Allah tidak bantu kita. Lihat di Badar, lihat di Khandak, bagaimana Rasulullah saw dan sahabat akrab dengan Allah. Lihat pula Salehuddin, lihat pula Muhammad al Fateh, bagaimana teguhnya mereka menjaga solat dan ibadat-ibadat khusus yang lain.”
Hampir terlupa saya pada janji diri untuk lebih mendengar. Saya menarik nafas panjang. Kembali merenung Pak Cuik tersebut dengan senyuman.
“Awak rasa bakar bendera Israel tak perlu? Mana kemarahan awak?”
“Bakar bendera Israel boleh saja. Ayuh, bakarlah. Tetapi jangan membakar rokok Amerika dan sekutu Yahudi yang lain lebih perlu. Cukup kalau sebulan sahaja umat Islam berhenti merokok, mungkin jumlahnya sudah berjuta-juta ringgit. Dan wang yang terkumpul itu hantarkan ke misi bantuan kemanusiaan ke Gaza!”
“Awak sindir saya?”
“Pak Cik saya tidak menyindir. Kebanyakan umat Islam, termasuk saya, hanya bencikan Yahudi pada mulut sahaja tetapi pada tindakan tidak.”
“Saya dah bertindak. Saya dah demonstrasi!”
Lagi-lagi ke situ fikirnya.
“Pak Cik dalam Al Quran, Allah tegaskan orang Yahudi itu tidak akan redha selagi kita umat Islam tidak mengikut cara hidup mereka.”
“Siapa kata kita ikut cara hidup mereka?”
“Pak Cik, lihat betul-betul. Apakah masyarakat kita telah bangunkan cara hidup Islam?”
“Kita orang Islam. Cara hidup kita mesti Islam.”
“Tidak Pak Cik. Ramai umat Islam yang tidak amalkan cara hidup cara Islam.”
“Contoh?”
“Dedah aurat, pergaulan bebas, riba, judi, arak, tinggal solat, budaya hedonisme dan dualisme masih berakar umbi dalam masyarakat kita. Lihat sahaja unsur tahyul, mistik, seks bebas dan gosip yang mendominasi media-media umat Islam. Tidak ikut cara hidup Islam bererti terperangkap dengan cara hidup isme kapitalis, sosialis mahupun liberalis.”
Pak Cik itu terkejut sedikit, lantas menyampuk, “mana Yahudinya. Awak kata Yahudi, tapi yang awak sebut golongan hedonis, liberalis, kapitalis dan sosialis?”
“Ketiga-tiga isme itu sama.”
“Sama?”
“Kesemuanya dicipta oleh golongan yang sama… ZionisYahudi!”
“Jadi demonstrasi ini tidak berfaedah?”
Saya menggeleng-gelengkan kepala perlahan.
“Ada faedahnya. Tetapi ia bermusim dan agak bersifat agak artifisial. Kita perlu agenda yang konsisten dan ‘genuine’.”
“Misalnya?”
“Ajak orang Islam serius solat lima waktu dengan penghayatannya sehingga dengan solat itu mampu meninggalkan kejahatan dan kemungkaran.”
“Lagi?”
“Tinggalkan riba, judi, arak dalam kehidupan umat Islam. Wanita Islam didakwah dan ditarbiah secara berhikmah untuk menutup aurat dalam ertikkata sebenar dan tinggalkan pergaulan bebas!”
“lagi?”
“Pak Cik, cara hidup Islam itu terlalu banyak. Dengan mengamalkannya satu persatu kita boleh ‘berdemonstrasi hari-hari’ terhadap atas Yahudi. Bila kita boikot cara hidup berseronok-seronok yakni hedonisme, ertinya kita boikot cara hidup Yahudi yang disalurkan melalui dalang-dalang mereka di Holywood.”
“Idola Amerika?”
“Ya. Juga idola kita yang meniru persis mereka. Bangsa yang leka berhibur akan mudah dijajah.”
Pak Cik itu batuk-batuk.
Saya urut belakangnya.
“Dah lama Pak Cik batuk? Berhentilah atau kurangkan perlahan-lahan ya Pak Cik?” kata saya seakan-akan merayu.
“Semangat Pak Cik kuat, saya doakan Pak Cik berjaya. Amin.”
“Tak terfikir pula saya begitu jauh kita dibius oleh cara hidup musuh yang kita benci.”
“Kadang-kadang musuh ketawa melihat kemarahan kita. Bangunkan remaja kita untuk solat subuh berjemaah, Yahudi akan sakit hati. Tutup aurat remaja perempuan kita, Yahudi akan sakit hati. Tinggalkan riba, judi, arak, pergaulan bebas, insya-Allah, Yahudi akan gigit jari.”
“Tetapi kalau cara hidup kita mengikut telunjuk jari mereka, Zionis akan ketawa sekalipun berlambak-lambak bendera mereka kita dibakar. Jeritan Allah hu Akbar dalam demonstrasi itu baik, bersemangat tetapi ucapan takbir dalam solat lima waktu lebih besar maknanya. Apakah Allah akan nilai laungan Allah hu Akbar daripada umat yang tidak solat? “
“Eh, kami yang demonstrasi semua solat…”
“Bukan itu maksud saya. Tetapi seluruh umat Islam ini. Saya risau kerana ada kajian menunjukkan 80% umat Islam sudah tidak solat. Itu yang tidak solat langsung. Bayangkan pula yang solat tanpa ilmu, tanpa penghayatan dan tanpa khusyuk? Jadi berapa kerat umat ini yang benar-benar kompeten menghadapi Zionis dalam erti kata sebenar?”
Giliran Pak Cik itu tiba. Dia melangkah perlahan menuju bilik rawatan. Ditinggalkan sendirian begitu, saya lontarkan pandangan ke luar klinik. Terus merenung dan berfikir. Masih terbayang wajah pemimpin-pemimpin dan para pengikut yang ramai dalam demonstrasi seperti yang dipaparkan di dada akhbar dan di kaca televisyen. Alangkah indahnya jika demonstrasi dibuat seusai solat Subuh berjemaah dan sebelum itu didahului oleh qiamulail dan qunut nazilah?
Dan kemudian setelah selesai berdemonstrasi, para pemimpin dan ribuan pengikutnya itu terus sahaja mengamalkan cara hidup Islam dalam diri, keluarga, jabatan, unit, organisasi, masyarakat dan bahagian masing-masing. Bukan hari itu sahaja… tetapi hari-hari. Setiap hari!
Ah, bagaimana umat ini hendak disedarkan bahawa mengamalkan cara hidup Islam itulah cara penentangan yang paling dibenci oleh Yahudi? Firman Allah:
“Sekali-kali tidak redha orang Yahudi dan Nasrani sehingga kamu mengikut millah (cara hidup) mereka.”
Dan alangkah baiknya jika jeritan Allah hu Akbar, dibuktikan dengan penegakan hukum Allah dalam seluruh sistem kehidupan sekali gus ‘mengecilkan’ pandangan akal sendiri dalam menyusun dan mengatur kehidupan ini?



Komen sendiri : Tindakan berdemonstrasi itu memang bagus, kerana mampu meningkatkan kesedara diri dan orang awam, namun kita perlu berusaha lebih lagi, membetulkan diri dari sudut ibadah dan kehidupan seharian pula. Selamat Berdemonstrasi

1.6.10

Masjid To You


Kuliah by Ustaz Shukri
Masjid Afzan

-Di akhirat nanti, nabi Muhammad akan mengenali umatnya melalui cahaya yang terpancar daripada anggota wudhu'.

-Membasuh anggota wudhu' lebih daripada 3 kali boleh membawa kepada makruh(jika berwudhu' di rumah) dan haram(jika berwudhu di tempat awam-orang lain yang bayar bil)


-Ketika membasuh tangan, kita perlu mula dari atas ke bawah(siku) bukannya dari siku ke tangan
-gosok2 sikit