7.5.11

Kisah Seram di Sebuah Masjid

Kisah ni bukanlah berlaku kepada saya sendiri( bukan nama sebenar tapi diceritakan oleh seseorang). Pada suatu malam Jumaat(hiiiiiiiiiiiii), ketika anginnya bertiup sepoi2 bahasa, namun sejuknya terasa ke sumsum tulang. Kadang2, kedengaran... seketika anjing2 bersalakan, auuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuu,auuuuuuuuuuuuu...bulu roma meremang seketika, entah kenapa...

sewaktu Pak Imam sedang berkuliah, maka datanglah seseorang meletakkan sebekas@sebesen kuih muih yang pelbagai warnanya di luar masjid.

Kuih muih yang sedap itu memang melencurkan aiur liur sesiapa sahaja yang memandangnya. Beberapa orang jemaah yang keluar sekejap semasa kuliah telah meleleh-leleh air liurnya apabila terlihat sahaja akan kuih muih itu( entah khusyuk idak diorang time semayang nanti). tertitik-titik atas lantai kerana besarnya kelenjar aiur liur mereka itu.

Beberapa orang budak2 yang tidak dapat menahan nafsunya telah cuba untuk menggatalkan tangan mereka dan cuba untuk mengambil dahulu beberapa bijik kuih, namun dengan pantasnya telah ditahan oleh jemaah-jemaah yang lebih tua. Mereka berkata "makang kekgi laa, lepas isyak bila pak imam abeh dah ngajar"

Maka terkulat2lah budak2 itu kerana tidak dapat merasa kuih muih itu. Lalu duduk termenunglah mereka sambil2 buat-buat dengar kuliah. Maka, Pak Imam pom abeslah sudah pengajarannya. Setelah sudah azan dan iqamat, mereka pom bersolat dengan penuh khusyuk dan tawadhu'nya.

Setelah itu, mereka pom berzikir dan memuji Allah Taala, pencipta kita semua yang Maha Penyayang. Semua jemaah itu mengharapkan mereka dapat masuk syurga firdaus(syurga yang paling tinggi). Sebab itulah mereka sentiasa datang ke masjid. Habis sahaja memuji2 Allah, Pak Imam pom berdoa lah pulop.

Amiiiiiiiiiinnnnnnnn. Bergemalah suara makmum2, pak cik2 dan budak2 itu. Maka berkejar-kejaranlah budak2 itu ke luar surau, namun dapat dipintas oleh pakcik-pakcik tua yang sudah berkeroncong perutnya itu.

Dum,dum,dum, kedengaran bunyi mereka melompat ke bahagian luar masjid. Terasa bergoyang masjid itu.

Namun, alangkah terkejutnya!

Pakcik2 diam terpaku!

Kanak2 diam membatu!

Lidah menjadi kelu!

Kuih-muih tadi sudah tiada!!!!!!!
Bukan sahaja kuih, dengan bekasnya sekali sudah tiada.

Ke mana perginya? Siapa yang mengambilnya?Berapakah kebesaran lubang hidung pengambilnya? Semua itu menjadi persoalan dalam minda mereka. Sedihnya tidak terkata. Hajat di hati mahu makan kuih-muih tadi, namun sekarang hilang entah ke mana.

Kanak-kanak terduduk. Arghhhhhhhhh, mereka merintih. Tidak dapat menerima kenyataan yang berlaku.

"kalau ye pun nak makan, amek la kuih saje. Bekas tu tinggal la kat sini" luah seorang pak cik yang terus menyetat mutonye dan balik rumah untuk melayan cite "Para Pencari Tuhan" di TV al-Hijrah.



**************

*Kisah kecurian kuih-muih di masjid ini benar, "my abang" sendiri yang citer
*terdapat "special effect" atau lebih dikenali dengan "kesan khas" digunakan dalam cerita di atas.
*suasana masyarakat kita semakin teruk, sedangkan di masjid pun manusia sudah berani melakukan kejahatan.
*bukan orang Islam je yang makin teruk, orang agama lain pom. Baru2 ni, ada seorang India mati dipukul kerana mencuri loceng kuil.
*So, apakah sikap dan reaksi kita?

2 comments:

Anonymous said...

seramnye citer ni..hu2

Ukhar said...

tu baru hantu kuih..blom hantu EXF lagi...