2.5.11

#2: Takuti Selepas Kematian,Bukannya Takut Akan Kematian

Tips: Save gambar ini dan jadikannya sebagai wallpaper desktop

1.Ramai yang takut mati, sedangkan kematian itu pasti dan tidak boleh diubah.

2.Kata TG Nik Aziz, kita perlu takut dan bimbangkan perkara-perkara yang berlaku selepas kita mati.

3. Benar, kerana sewaktu kita masih hidup,kita hanya boleh mengubah situasi yang bakal berlaku selepas mati. Tiada siapa yang boleh melawan takdir dan menghalang kematian.

4.Kepada mereka yang cintakan Allah, mereka pasti merindui mati kerana ia adalah jambatan untuk bertemu dengan pencipyta. Namun tidaklah mereka berusaha supaya dapat mati awal.

5.Manusia yang paling bijak bukanlah yang paling banyak mendapat A, yang paling berjawatan tinggi atau yang paling kaya, akan tetapi adalah orang yang paling banyak mengingati mati. Mereka mungkin adalah orang miskin, mungkin orang sakit, mungkin juga orang yang lemah dalam mata pelajaran. Namun, bertambah lagi bagusnya jika mereka adalah orang2 kaya, cerdik dan banyak jawatan yang paling banyak mengingati mati.

6. Mengapa mereka digolongkan sebagai orang yang paling bijak? Kerana mengingati mati mendorong mereka untuk melakukan yang terbaik sebagai persediaan untuk menghadapi mati itu. Sedangkan yang melupai mati akan tersasarlah matlamat mereka, daripada mencari bekal kepada mencari keseronokan.

7.Jika yang bijak itu adalah pelajar, maka akan dicarinya ilmu dengan bersungguh-sungguh lantaran sedar betapa bernilainya mukmin yang berilmu di akhirat nanti. Tidak akan dilakukannya sesuatu perkara yang menggangu keberkatan ilmunya seperti meniru, tidak beradab dengan guru dan lewat ke majlis ilmu. Semuanya kerana ingatan dan kefahamannya yang betul terhadap kematian.

8.Golongan pemerintah yang 'bijak', akan menjalankan tugasnya dengan baik, tidak mencari keuntungan melalui jalan yang tidak sah. Mereka sedar keuntungan yang datang dari jalan yang haram akan menimbulkan kesusahan kepada diri sendiri ketika soal siasat berlaku di dalam kubur. Nikmatnya keuntungan hanya seketika, sedangkan kesengsaraan berpanjangan bakal dirasai.

9. Golongan2 lain yang 'bijak', saya tinggalkan assignment kepada anda untuk mencari bagaimana mengingati kematian akan menjadikan mereka sebagai golongan yang produktif,bagus, hebat dan terbaik. Sila kongsikan di sini, jika mau la =)

No comments: