1-Kitab hadis 40 ni dikarang oleh Imam Nawawi. Ulama'2 lain ada juga mengarang kitab2 hadis 40. Beza antara Kitab Hadis 40 Imam Nawawi ini dengan yang alin adalah pada pemilihan hadis. Imam Nawawi memasukkan hadis yang penting dan mengandungi asas-asas Islam tanpa mengira topik. Ulama-ulama lain menyusun mengikut topik, contohnya mengikut bab Jihad, Fiqah dan lain-lain.
2-Walaupun namanya Hadis 40, ia mengandungi sebanyak 42 hadis.
3-Asas penyusunan hadis 40 ini berdasarkan kepada hadis Nabi S.A.W yang berbunyi "Barangsiapamenghafaz kerana umatku 40 hadis dari urusan agamanya, nescaya Allah akan membangkitkan dia pada hari Qiamat dalam golongan fuqaha" dan juga hadis "Hendaklah orang yang hadir drpd kamu menyampaikan kepada orang yang tidak hadir".
Hadis 40
No comments:
Post a Comment