6.12.10

10 saja:Hujan Oh Hujan

10 saja? Apa itu?

Ini adalah siri terbaru blog saya. Saya akan bercerita 10 perkara yang berkaitan dengan topik yang diutarakan. Siri yang santai2, nak relax2, tapi bermanfaat.

Anda juga boleh bertanyakan apa-apa kepada saya melalui 'Ask Me Anything' kolum kat sebelah kanan ni.
Format soalan dia:
"10 saja: aurat" atau
"10 saja: hujan"

Kali ni saya mulakan dengan hujan.

Hujan Oh Hujan (Edisi baru lepas tengok result Tahun 2 Sem 1)
Hujan membasahi pokok ceri kat depan umah


1. Musim hujan, ada yang gembira, ada yang berduka, penuh memori zaman kanak2. Takziah kepada yang kebanjiran rumahnya.Bersabarlah. Nun di tempat lain masih ramai yang tidak memiliki rumah pun.

2. Ada sejenis pekerjaan yang tak boleh berjalan walaupun dengan hujan yang sangat tak lebat. Cuba la teka apa dia..

3. Dulu sewaktu sekolah menengah, saya akan gembira jika hari hujan ketika berada di asrama sekolah, dan tak suka jika hujan di rumah time balik 2 minggu sekali.

4. Tadi, time balik tahlil hujan memang lebat. Kain abes basah. Mujur ada baju hujan, so selamat la baju sahaja. Kain tak selamat.

5. Dah lama tak mandi hujan. Time kecik2, tiap kali hujan akan berpesta dengan abang2. Buat empangan kat sekitar rumah, buat rakit guna batang pisang pastu main kat sungai tepi sawah. Mandi telaga time hujan. Time best skali ialah waktu berselimut kesejukan lepas mandi hujan. Bayangkan la mandi sampai kuku bertukar jadi biru. Sejuk!

6. Dulu2 jugak, kalau time hujan akan main congkak menggunakan piring dan guli, lawan kakak,adik,abang2 n mak sekali. Memang riuh rendah jadinya.

7. Kadang2 dengar pak sdara citer pasal bah air merah masa zaman sebelum merdeka. Satu Malaysia banjir. Hujan 40 hari 40 malam tak henti2. Air jadi merah sebab tanah bukit runtuh. Pastu, dia citer pasal hantu air dan bermacam jenis hantu lagi.

8. Lagi time best ialah waktu petang lepas hujan. Kelkatu berterbangan memenuhi langit yang perang kemerahan. Lompat2 nak tangkap. Tapi yang xbestnya, rumah penuh dengan sayap kelkatu yang tertanggal. Penat kena sapu.

9. Lepas hujan, memang gembira apabila tengok air telaga yang semakin tinggi, air dalam sungai kat tepi sawah yang makin deras. Selalu hanyutkan ranting2 dan tengok beliau dihanyutkan air.

10. Jangan lupa untuk berdoa ketika hujan mula turun, kerana malaikat rahmat turun bersama titis2 air yang awal. Tapi, jangan tadah air ketika awal2 hujan turun, sebab banyak gas2 beracun yang terlekat bersama2. Tadahlah air lepas hujan turun seketika.

*selamat tahun baru hijrah =)

-rindunya zaman kanak-kanak-
-kpd yg sedang me'refresh', keep refreshing =)-

3 comments:

izzati kamal said...

dah lama tak main air sampai kuku biru

Ukhar said...

haha..ko pun camtu jgak?brrrr...sejjukk.sampai ketaq bibir..

izzati kamal said...

kat rumah nenek aku je camtu, hehe