12.12.10

Solat Oh Solat

  1. Hari Jumaat baru2 ni, sempat menjadi fasi program Kem Ibadah anjuran Rukun Tetangga daerah Kuantan bersama dengan Masjid Cenderawasih.

2. Peserta dalam 150 orang. Peserta terdiri dari sekolah rendah sampai universiti(budak UIA pun ada sebab teman kawan diorang)

peserta program
3. Masalah yg biasa berlaku dalam amek wudhuk:
  • tak gosok2 anggota wudhuk
  • basuh x cukup kawasan(siku x basuh abes)
Kita perlu menggosok-gosok anggota wudhu' supaya air menjadi rata ketika membasuhnya, bukan sekadar menjirus atau melalukannya di bawah air paip.
Untuk bahagian siku pula, selalu saya perhatikan, ramai yang membasuh tidak sampai ke belakang siku. Dibimbangi kalau kawasan wudhu' itu tidak dibasuh secukupnya. Amat perlu untuk kita melebihkan sedikit kawasan basuhan supaya melepasi kawasan yang diperlukan.
    4.Tanggapan salah tentang wudhuk dan hadas:
    • Korek hidung boleh batal wudhuk
    • Terpijak najis boleh batal wudhuk
    • Hadas kecil ialah buang air kecil, hadas besar ialah buang air besar
    Ramai budak2 yang beranggapan bahawa mengorek hidung dan terpijak najis boleh membatalkan wudhu'. Mereka akan mengambil semula wudhu'jika berlaku perkara sedemikian. Sedangkan perkara tersebut tidaklah membatalkan wudhu', maka hanya menyusahkan diri sendiri sahaja dan membazirkan air. Terpijak najis tidaklah memerlukan kepada wudhu; yang baharu, bahkan cukup dengan membasuhnya sehingga hilang warna, sifat dan rasa.
    Dan juga hadas kecil berlaku apabila seseorang itu berada dalam keadaan tidak berwudhu'. Contohnya selepas membuang air kecil dan besar, kentut, tersentuh perempuan yang halal berkahwin dan lain-lain lagi.
    Hadas besar pula berlaku disebabkan oleh keluarnya air mani, berjunub, keluar haid atau nifas.

     5.Tanggapan salah tentang solat:
    • kalau bangun lewat, xperlu solat subuh 
    Kita wajib mengerjakan solat sama ada terlewat ataupun tidak. Jadi, jika terlewat bangun, sembahyang subuh tetap wajib dibuat.
       6. Dalam kumpulan yang saya pimpin (tingkatan satu), cuma seorang daripada 17 orang yang solat 5 waktu. Ramai yang tak ingat bacaan tasyahud (kalau x ingat nak solat camne?)
      kebetulan dapat menyembahyangkan satu jenazah hari tu
       7. Kita perlu sentiasa menghadiri kelas pengajian untuk membetulkan ibadah kita walaupun dah besar dan tua.

      8.Sila betulkan tanggapan orang2 di sekeliling kita(kawan-kawan, adik,abang, kakak) tentang wudhuk.

      9. Jagalah ahli keluarga kita supaya sentiasa menjaga solat.
      Hai orang-orang yang beriman, peliharalah dirimu dan keluargamu dari api neraka yang bahan bakarnya adalah manusia dan batu; penjaganya malaikat-malaikat yang kasar, keras, dan tidak mendurhakai Allah terhadap apa yang diperintahkan-Nya kepada mereka dan selalu mengerjakan apa yang diperintahkan. (At-Tahrim, 6)

      6 comments:

      husnaizzati said...

      salam...mu dah tulis tanggapan yg salah tentang solat n wuduk kan..kalu bleh,mu oyak jugak gapo hok sebenarnya....contoh:tanggapan kalau terlajak tido,sampai terlepas solat subuh,kita kenalah qada' solat tue...

      supaya pembaca dapat tambah ilmu..manelah tahu ada hok tak ingat or tak tahu....

      HaDi said...

      Salam...

      Program yang baek,,,
      remaja pelapis ummah....
      semoga terus istiqamah,,,=D

      Ukhar said...

      to Husna: jolo jugop tuh. nantila aku update balik. Sebenarnya nak suruh pembaca bincang sndiri ngan kawan2 kalau tak tau hehe (ayat cover)

      Ukhar said...

      to Hadi. Wslm..insyaallah. Kalau ada peluang, suggest la kat kawan2 supaya membanyakkan program yg macam ni.

      Sedih rasanya dengan tahap ibadah remaja zaman sekarang ni..

      Nur Mawaddah said...

      betul, memang realiti msyrkt skrg ramai yg tak tahu bab2 feqah ni. bkn stkt tu, ada jugak yg x tahu solat. sdh. kalau kt tmpt sy, bila tanya budak2 sekolah ni, memang ramai yg slh faham bab hadas besar n hadas kecil. diorng sekolah agama jugak, tp tak tahu lah mana silapnya. sama ada diorang yg x dengar msa guru mengajar ataupun guru tu yg mengajar tak berkesan.

      Ukhar said...

      pelajar sekolah agama lah yang kita harapkan untuk bimbing pelajar lain.

      Tapi kalau mereka sendiri pun keliru,siapa lagi yang mampu kita harapkan untuk menjadi pembimbing?

      Marilah kita mulakan dengan orang yang berada dekat dengan kita, jagalah adik2, sentiasa perhatikan sepupu dan anak2 jiran setakat yang termampu.