7.12.10

Tempatkan Dia Di Syurga

Semalam, entah macam mana saya terhenyakkan diri ke atas kerusi di ruang tamu, menonton Telefilem TV3 "Tempatkan Dia Di Syurga" lakonan Zamarul Hisyam, Ady putra, Lisdawati dan beberapa orang lagi.Walaupun jarang sekali saya menonton tv di rumah, cite ni saya tengok sampai habes. Biasanya kalau tengok pun, rancangan Tanyalah Ustaz dan berita(yang sungguh menyampah sekali). cite Indon petang2 n kartun pun tumpang2 gitu je tengok.

Minat nak tengok citer malam2 biasa langsung xde. Sikit2 cite hantu, sikit2 cite hantu. Langsung x membina pemikiran. Tayangla cite yang bermotivasi sikit macam Laskar Pelangi dan Sang Pemimpi(baru lepas tengok (n_n) cuti ni).



Cerita Tempatkan Dia Di Syurga ni saya ikut sampai habis. Memang tersentuh melihatnya. Mengisahkan seorang ibu yang mempunyai anak2 bermasalah. Sorang ada penyakit autism dan sawan, sorang banyak hutang, sorang kena buang kerja dan jadi pencuri, sorang ada suami yang strict(dengan izin). Sume menyusahkan mak kecuali anak yg ada masalah autism tu. Saya malas nak citer sinopsis dia banyak2, boleh baca kat sini. Search kat internet tadi..

Bila tengok lakonan Zamarul Hisyam sbg org kurang upaya tu, saya cuba membandingkan dengan sorang penduduk kampung saya yang turut tergolong sebagai orang kurang upaya. Badannya bongkok dan mengalami kesukaran berkomunikasi. Tapi, sentiasa tolong ibunya. Kalau saya balik kg pada hujung mggu, pagi2 dengar la dia bagi salam nak jual kueh. Kalau dia tau saya ada balik, dia akan sebut2 nama saya pulak sampai saya keluar jumpa dia. Kadang2 beli la jugak kueh yang dia jaja dari rumah ke rumah tu.

Apabila menyaksikan orang yang mendapat kurang daripada diri, menambahkan lagi rasa syukur saya. Betapa nikmat yang kita dapat ini sungguh besar dan bermakna. Kesusahan yang ditanggung mereka pasti lebih besar. Amat kejam dan zalim bagi sesiapa yang mengaaniaya mereka.

Dan kita juga harus ingat bahawa Allah akan menyoal kembali akan nikmat yang kita dapat ini, ke mana kita gunakannya? Semoga kita mampu menyediakan satu jawapan yang  tepat- untuk membantu agamaNya.

4 comments:

Unknown said...

betol tu.. bnyk sgt cite antu.. sampai budak2 kecik pun dah x rs seram jupo antu.. haha

Ukhar said...

xbanyak sangat pengajaran..meracuni pemikiran masyarakat ada la kan?

SyahmiFikri said...

yea.. btol tuh kann.. bnyak hantu2 ntah per jer.. lol~

Ukhar said...

nanti mula la takut nak keluar malam2..haha