21.12.10

Mari Memasak


Semalam kami memasak lagi. Biasa la, rumah sewa. Dah bosan makan kat luar, try masak sendiri pula. Menu kali ni, telur bistik + nasi goreng. Saya cuma reti buat nasi goreng je, benda2 lain x reti lagi. Baru je belajar dengan mak time cuti haritu.

Telur bistik Izat yg buat. Huh, pandainya Izat. Pandai? Tanya Sheikh Google je.

Search.

Cari bahan.

Try buat
Ayam kat pakej pun kalah
Kalau jadi, jadi lah ia, kalau tak terpaksa la makan yg pahit, atau masin. Yg semalam telur bistiknya rasa agak manis. Lebih gula la tu.

Time cuti haritu saya berazam nak belajar 2,3 jenis masakan. Tapi akhirnya reti masak nasi goreng n goreng ikan je. Ikan goreng rasa masin gila sebab lebih kunyit n garam. Bese la first time masak kan, mesti banyak silap. Semalam pun, saya tertumis bawang dahulu sebelum lada. Sepatutnya lada dahulu.

Belajar dengan mak ni memang best. Banyak petua yang dia bagi.

antaranya :

1)"Time kita masak ni, kita doa la banyak2 kat Allah. Sebut " Ya Allah, bagilah makanan yang aku masak ni rasa sedap. Aku tau aku tak mampu nak membuatnya rasa sedap melainkan dengan kuasa kau ya Allah". Kan dah dapat pengajaran akidah kat situ?

2)Sembunyikan/letak di tempat tersorok pisau dan barang2 tajam. Mana lah tahu nanti ada pergaduhan, tetiba tercapai benda2 ni. Kalau kita sembunyikan, kurang la sikit bahaya tu..
Western style punya
Nasi goreng kali ni penuh dengan bahan2 yg saya masukkan. Ada fishball, sayur, bawang,telur, lada n macam2 lagi. Ikut je rasa nak letak ape. Kalau x jadi nasib la. Tengok ada sos tiram, letak sos. Nampak ada ketul2 lobak, capai n letak.

Memasak ni memang best. Tambah2 lagi kalau memasak ramai2. Dapur penuh ngan orang sibuk buat kerja masing2, sibuk potong bawang, sibuk cari bahan. Yang sibuk bertanya pun banyak. 

Lepas siap,memang rasa puas hati time tengok orang lain makan makanan yg kita masak, bekas tangan kita sendiri. Apalagi kalau orang tersayang yang makan kan? (tanya la yang dah kahwin betul ke tak). Masukkan unsur kasih sayang dan rasa cinta time memasak tu, baru lah suami makin rasa sayang. Kalau makan kat kedai, tiap2 hari suami makan makanan yang perempuan lain masak, maka jadi lah kes suami ada perempuan lain.

"Agak2 tok imam tu dahulu tetiba je jadi pandai sampai boleh jadi imam macam sekarang?" soalan itu saya tanyakan kepada seorang rakan.

Tentu lah tidak. Semua tok imam semestinya pernah belajar dan dilatih semasa mereka masih muda. Di situlah mereka mendapat kemahiran.
Masa yang ditunggu2

Sama la macam memasak ni. Kalau x belajar, memang la x gheti. Cuba la sikit2, try2, tanya orang, mintak tunjuk ajar, insyaallah boleh pandai. Yang penting, mesti ada kemahuan n kesediaan untuk belajar.

Em, esok lusa nak try buat chicken chop la pulak ngan Izat n Firdaus. Memang sedap diorang masak haritu. Nak try rasa?
Ni nugget special. Boleh bukak kedai ni

3 comments:

HaDi said...

Nak kena blajar lah...nnt blh masak untuk org tersayang...hehe

Ukhar said...

kalau masak sekali mesti lagi best.

Orang rumah saya ada 10 orang =)

Anonymous said...

bestnyer duduk ramai2..huhu...ukhwah fillah