4.8.10

Anda Kesah Ke X?

Sambil2 minum n makan malam, kitorang sembang2 pasal keadaan negara sekarang. Dah pelbagai kes2 yang semakin membimbangkan berlaku.

 Bekas Adun ditemui mati ditembak.

Pelacuran budak2 sekolah menengah.


Temubual budak sekolah menengah yang tanpa malu sedikit pun mengakui sudah biasa melakukan hubungan seks sekitar 40 kali. Kadang2 secara beramai-ramai.

Pada petang tadi, ditemui budak sekolah rendah, sekitar darjah tiga di kawasan itu. Sedang malu2 menghisap rokok. Setelah dicabar oleh rakan-rakanya maka dia meneruskannya juga.

Perbincangan kami singgah berkenaan video temubual warga barat yang  mempunyai pengetahuan am yang sangat cetek. Tidak tahu siapakah presiden mereka sendiri. Tidak tahu berkenaan Palestin.

Reflek video itu berbalik kepada kita juga. Masyarakat kita turut tidak terlepas daripada situasi itu. Cubalah buat surwey sendiri di kalangan sahabat2 kita. Tanyakan soalan mudah tentang isu semasa sekarang. Tentang felda, tentang petronas, tentang kecurian. Lihat sendiri akan reaksi mereka.

Betapa masyarakat sekarang semakin tidak peduli tentang keadaan semasa. Biarlah apa pun yang berlaku, asalkan aku hidup selesa. Asalkan aku boleh belajar elok2. Asalka aku lulus.

Nah, nanti tanggunglah akibatnya. Setelah bekerja, berurusanlah dengan mereka2 yang tidak berbapa yang sah.(Statistik anak luar nikah sudah mencapai angka ribuan). Mereka akan membesar dan mengelilingi kita. Jika kita selamat, belum tentu lagi dengan anak2 kita, pasangan2 kita. Atau, cucu2 kita.

Sebuah kapal, sedang elayar di lautan dalam. Pekerja di bahagian dalam perlu meminta bantuan orang di bahagian atas untuk mendapatkan air laut. Seorang dari kalangan mereka berkata 'bukankah lebih mudah jika kita menebuk lubang kapal ini. Tak perlu untuk menyusahkan orang di atas lagi'. Jika anda selaku orang yang berada di bahagian atas membiarkan sahaja, maka tenggelamlah bersama2 mereka. Semuanya kerana anda tidak menegah, atau hanya mengharapkan orang lain untuk menegah. Anda cuma sibuk menguruskan hal sendiri, tidak peduli sama sekali akan apa yang terjadi pada diri.

2 comments:

kinkin89 said...

suka post ni, tu lah realiti masyarakat hari ni.. but the problem is, kdg2 x de kekuatan nk tegur org2 y mcm ni.. lg2 klu org2 tu plg dekat dgn kite n saudara sedarah.. kdg2 cuba menegur, tp x memberi apa2 kesan lsgsg.

Ukhar said...

emm, tugas kita adalah untuk menyebarkan kesedaran kepada kawan2 kita yang lain. tidak semestinya melalui teguran.

Mungkin boleh kita jadikan isu perbualan harian.
Ajak berbual tentang isu semasa..kita timbulkan persoalan dalam fikiran mereka...