24.5.10

Hanya Satu Zarah!



Hanya satu zarah!
Dibawakan oleh malaikat kepada Adam a.s untuk digunakan sebagai bahan bakar untuk memasak. Arghhhh, masih terlalu panas. Tak mampu dipegang, tak mampu didekati.

Lalu malaikat terbang pergi. Menyelam ke dasar lautan. Lalu, kepanasan daripada satu zarah meresap ke dalam lautan. Malaikat terbang kembali kepada Adam a.s. Namun, tak disangka, kepanasannya masih amat sangat.

Dibawanya malaikat si satu zarah ke puncak gunung. Meresapnya haba ke gunung-gunung. Kepanasannya mengeluarkan wap2..yang meresap ke dalam pokok, batu, daun.

Lalu, dibawanya kembali kepada Adam a.s. dan barulah dapat digunakan. Barulah kepanasannya mampu didekati.

Apa yang istimewanya? Tiada, hanya kisah dahulu kala, pada pandangan kita. Benarkah begitu? Lalu satu bangsa yang dahulunya ketinggalan, mengkaji, mengkaji dan terus mengkaji kisah ini.

Pengkajian membawa mereka ke laut luas yang dalam..dan ditemuinya api yang dibawa malaikat. Api hitam yang menjadi rebutan, menjadi sumber kekayaan. Dijejakinya lagi kisah ini, dan ditemuinya lagi bahawa api yang dibawa ke puncak gunung telah mencetuskan letusan2 gunung berapi yang semakin rancak di zaman ini.



Wap2 itu ke mana perginya?

Meresap ke dalam kayu kayan dan menjadi bahan bakar. Meresap ke dalam batu menghasilkan belerang. Semuanya dengan kuasa Allah.



yaitu Tuhan yang menjadikan untukmu api dari kayu yang hijau, maka tiba-tiba kamu nyalakan (api) dari kayu itu. YaSiin 80

Tersangat panasnya api neraka. Sedangkan api dunia pun tidak kita tertanggung, inikan pula api neraka. Api dunia yang berasal daripada hanya satu zarah, bukannya SETITIS, bukannya seketul, bukannya setongkol.

-Menulis untuk diri sendiri-
-Semoga tertitis di hati-
-Adaptasi daripada Imam masjid Kampung Perasing Jaya-

2 comments:

Ummu Hurairah said...

like this story :)

Ukhar said...

tq2...:)
banyak yg baru belajar time dengar tok Imam mengajar. Kadang2 dia selit cite2 camni..