Serang!!!!!!
"ok, group A pergi ke selatan, group B pergi ke utara, group lain ke kawasan yang selebihnya. Jika jumpa target, terus hantar mesej ke semua group.ok, berpecah!"
Group A yang mempunyai jumlah ahli yang terbanyak terus menjejaki rumah-rumah di kawasan itu. Akan tetapi, kebanyakannya gelap tiada aktiviti. Sedang mereka melayang-layang mencari target, tiba2 sahaja ketuanya mendapat isyarat daripada group E.
Dengan sepantas kilat, terus mereka menyusup ke lokasi group E. Tak disangka, kumpulan2 lain telahpun sampai lebih awal daripada mereka. Kelihatannya di dalam rumah, sebuah keluarga sedang makan dengan gumbira.
"Wah! Kita ada makan besar di sini. Cepat ambil kedudukan sekarang!"
Tanpa berlengah lagi, semua ahli mengambil tempat. Ada yang di atas meja, di bawah, di tepi, di atas bahu, memegang ketulan ayam dan berbagai posisi strategik lagi. Yang di atas meja sahaja berjumlah 24 ekor. Mereka membahagikan makanan kepada ahli di bawah meja.
Gamat sekali suasananya!.
Si komander berucap "bagus sekali keluarga ini, tidak membaca bismillah ketika mahu makan. Memang rezeki kita malam ini. Kita makan puas2!"
Semua bersorak.
Semuanya makan dengan rakus.
Berebut-rebut.
"Eh, ayah. Tadi kita lupa baca doa lah..." tiba2 si bongsu bersuara.
Si ayah menjawab, " a'ahlah.. Azmin, cepat baca doa".
Gerombolan syaitan tadi tersentak dan menjadi kaget.
"Uwekkkkkkk, uwekk, uwekkkkkkkkk"...terus sahaja kesemua ahli kumpulan syaitan tadi termuntah sebaik sahaja si anak kecil membaca doa. Habis keluar semua isi perut yang baru dimakan tadi.
Mereka terus lari lintang pukang.
"Cis, kurang asam punya budak. Takpe, jom cari rumah lain pulak."
-best btol dengar ceramah ustaz Azhar-
http://www.facebook.com/iddbbi#!/pages/Ustaz-Azhar-Idrus/118089450453?ref=ts
9 comments:
hoho..mcm2 gaya makan diorg ye..patut waspada..hmm
yup...bila jumpa je rumah, terus diorang call + sms geng2 diorang...'meh sini.ada pesta!!!'
pesta makan kt sempadan kemaman sedap sekali..
salam ziarah.
harapnya kat sempadan tu invisible to that setan..hehe
ade ape kat kemaman?
Timmy : xpasti la Huda ni. majlis kahwin kakak Misuari ke?
hohoho..
sempadan kemaman tu dekat la ngan uia.. amik jalan sebelah uia tu, straight n kona2 skit..bleh sampai kemaman.. so.. smg budak2 uia esp timi selamat dr makhluk merah.. =P
gurau timi.. hohoho
ow...hehe.trimas
Post a Comment