"Study waktu petang ni tak elok. Waktu petang ni otak dah letih setelah seharian belajar". Begitulah kata-kata yang kudapati sewaktu berada di sekolah menengah, tidak kupasti samada dari buku atau seseorang. Lalu aku terus setkan mindaku, lepas asar xboleh study.
Setelah beberapa ketika, kehidupanku berlalu sedemikian, aku terjumpa dengan kata2 yang mengubah perspektifku dalam hal ini, "belajar waktu siang adalah 2 kali ganda lebih bagus daripada waktu malam". Lalu aku manfaatkan segala masa yang ada diwaktu siang untuk study. Waktu bermainku bermula hanya pada pukul 6 petang. Alhamdulillah, banyak subjek yang dapat kukejar.
Di sini, dapat disimpulkan bahawa diri kita sebenarnya mempunyai banyak potensi yang tersembunyi. Banyak perkara yang mampu kita lakukan, namun kita menjauhinya kerana kita tidak menyedarinya atau minda sudah kita setkan bahawakita tidak mampu melakukannya. Orang yang menyedari hal ini memang mendapat suatu kelebihan yang besar.
Sebagai contoh lain, sewaktu kawan2ku berpindah ke maahad tahfiz ketika awal tingkatan 4, aku juga berkeinginan untuk mengikuti jejak langkah mereka. Tapi, jauh di sudut hatiku, aku ni memang tak mampu untuk menghafal sejumlah 30 juzuk alQuran, ditambah lagi dengan hati yang kotor. Namun, semua itu adalah salah. Selepas aku memasuki mtdq, dengan izinNYA aku dapt mengkhatamkan hafalan ku.
Sebagai kesimpulannya, diri kita sebenarnya penuh dengan potensi dan kebolehan. Kita mungkin mampu melakukan lebih daripada apa yang kita lakukan hari ini. Kita mampu untuk aktif di samping belajar. Tinggalnya atas diri sendiri untuk menyelami dan membongkar lebih kebolehan diri itu.
Bagaimana dengan anda? Tiadakah anda terjumpa suatu perkara yg mampu dilakukan lebih bai, tapi baru sahaja disedari akhir2 ini?
No comments:
Post a Comment