Sering kita dengari bahawa setelah memasuki alam barzah, kita akan diminta oleh malaikat untuk menulis segala amalan hidup selama ini di atas kain kafan. Dakwatnya pula menggunakan air liur kita.
Jika diikutkan logik akal, manalah cukup untuk kain kafan beberapa helai itu untuk memuatkan segala peri laku amalan hidup kita. Namun, dengan kekuasaan Allah, segala yang dianggap mustahil bagi kita akan mampu berlaku.Buktinya? Marilah kita ikuti anjuran ayat 8 surah ar-Ruum ini:
maksud:Dan mengapa mereka tidak memikirkan tentang (kejadian) diri mereka? Allah tidak menjadikan langit dan bumi dan apa yang ada diantara keduanya melainkan dengan (tujuan) yang benar dan waktu yang ditentukan. Dan sesungguhnya kebanyakan di antara manusia benar-benar ingkar akan pertemuan dengan Tuhannya.
Cuba kita renungi kejadian otak kita. Kita nampak saiz dia kecik je, lembik, tak tahan..perlukan perlindungan daripada tempurung kepala
Walaupun keci, tapi kemampuannya untuk menyimpan maklumat amat mengagumkan. Lebih hebat daripada external hard disk, pen drive, flash card atau apa2 lagi. Semestinya otak adalah anugerah Allah. Apatah lagi dengan kain kafan yang lebih besar daripada otak itu.
Tentulah ia berupaya memuatkan segala amalan hidup kita, tidak kira amalan kebajikan, pahala atau dosa noda
Memang menakjubkan..tapi, jangan lupa untuk menjauhi maksiat..takkan anda mahu kain kafan anda dipenuhi dengan coretan dosa penuh noda? Nanti akan diperhatikan pula oleh orang lain di akhirat nanti, macam kat bawah..
No comments:
Post a Comment