Salam Ramadhan kareem.
Walaupun sudah hampir pertengahan Ramadhan, namun belum terlambat lagi kiranya saya menulis( dan mengarut) mengenainya, semoga ada yang bermanfaat.
Dolu2 time saya sekolah rendah, memang terasa kelainannya sebaik sahaja masuk bulan ramadhan. Pada waktu pagi kala hujung minggu, saya melangkahkan kaki untuk merayau-rayau ke rumah kawan, memang rutin biasa pergi merayau-rayau masuk hutan panjat pokok pancing ikan. Dengan sinar cahaya mentari pukul 8 pagi yang kekuningan, amt terasa pada pagi itu suasana yang tenang. Kampung pun senyap sunyi je macam takde orang. Walaupun berpuasa, keganasan tetap saya lakukan, meng'explore' ladang sawit, tawaf kampung dan lain2.
Bila dah masuk sekolah menengah, puasa bertambah bezz dengan sahabat2 yg ramai. Seringkali saya serik mengambil makanan terlalu banyak time berbuka, sampai kenyang bettok. Esok tu dah tobat dan ambil makanan seadanya, namun minggu depan buat sekali lagi..hehe
Petang-petang sebelum berbuka, court volleyball memang menjadi tumpuan. Apabila dah nak masuk waktu, barulah semua berlari untuk berebut mengambil makanan.
Time masuk matrix, dapat bukak pose free je.Setiap hari mesti ke Masjid kolej universiti malaya. Sume berebut nak ambil makanan yang lebih.
******
Balas Dendam
Walaupun bulan pose ni kita kurang makan, namun janganlah membalas dendam ketika berbuka.
Pemilih
Jadilah seorang yang pemilih ketika membeli makanan di bazar Ramadhan. Lihatlah kepada keadaan penjualnya, samada menutup aurat atau tidak, samada dia seorang yang bersolat ataupun tidak. Meninggalkan solat dan tidak menutup aurat menandakan seseorang itu tidak mengambil berat akan hukum-hakam Islam. Jadi, adakah kita yakin mereka sangat menjaga sumber-sumber dan cara mereka membuat makanan yang dijual itu?
Untuk Aku
Sebarang ibadah yang kita buat adalah untuk kita sendiri. Namun Allag mengatakan bahawa puasa itu Dia lah yang memberikan ganjarannya sebanyak mana yang Dia mahukan.
Takutnyeee, Tapi Masih Ada Harapan
Selamat Berbukee =)
Takutnyeee, Tapi Masih Ada Harapan
Ketika berbuka, kita perlu menghadirkan rasa takut dan berharap. Takut, sekiranya Allah tidak menerima puasa kita pada hari itu. Berharap, supaya Allah menerima puasa kita.
Namun, janganlah terlalu takut sehingga merasakan Allah langsung tidak akan menerimanya.
Jangan berputus asa daripada rahmat ilahi.
PAP!
Itu bunyi nyamuk ditampar di lenganku. Khusyu' sangat menekan keyboard sampai tak tersedar perut beliau sudah pun kembung kemerahan.
Selamat Berbukee =)
No comments:
Post a Comment