10.3.11

Menyesal!


Setelah masuk ke liang ini, barulah penyesalan datang 

Menyesal kerana melewat-lewatkan solat.
Menyesali lewatnya sampai ke masjid pada hari Jumaat,
MenyesalI ketidaksampaian langsung kepada kuliah-kuliah di malam hari.
Menyesali sembahyang yang dilakukan seorang diri,
Menyesali solat2 yg ditinggalkan, kerana asyik dengan dunia.

Menyesali emas(masa) yang dibuang begitu sahaja,
Yang digunakan untuk ber'facebook',
Menggumam dalam hati' celaka ko facebook, habis masa aku begitu sahaja'
Mencerca pula Game-Game dalam komputer,
Sebab ko aku lewat solat,
Terlepas subuh.

Menyesali coupling yg berlaku,
Habislah aku,
Tangan,
Mata,
Hati,
Kaki, 
Semua mahu mendakwaku,

Namun,
penyesalan terbesar adalah:
SANGKAANKU,
bahawa matiku masih jauh,
usiaku masih muda,
sedangkan ianya sangat dekat.


Dan,
Barulah aku yakin,
Bahawa,

Dunia HANYALAH SETITIS daripada akhirat!

No comments: