Politik kotor! Politik jahat! Saya tak mahu terlibat dengan politik! Macam-macam luahan anak muda sekarang. Mereka bukan saja tak mahu terlibat dengan politik malah ambil tahu tentang politik pun mereka tak nak. Prinsip yang dipegang adalah, “selagi mana periuk nasi sehari kami terjaga tak kisah siapa-siapa pun memimpin negara kami”.
Terdapat juga beberapa tanggapan dari beberapa sahabat saya tentang arus kebangkitan rakyat di Tunisia dan juga di Mesir yang sangat memilukan. “Buat apa la berdemonstrasi, berpenat lelah, memperjudi darah? Bukankah jalan perdamaian ada.”
Bernama melaporkan kekayaan Husni Mubarak sepanjang 30tahun pemerintahannya. Masha Allah, banyaknya harta beliau dan keluarga beliau, bukan sahaja di tanah Arab tetapi turut mempunyai asset di negara luar dan bank-bank antarabangsa. Nah, inilah sebabnya penduduk Mesir ingin menggulingkan kerajaan Hosni. Pemimpin kaya sedemikian rupa, rakyat terus dihimpit kemiskinan dan kerahan tenaga.
Imam al-Qardhawi mengatakan;
“Wahai Hosni Mubarak, jika pemerintahan itu bagaikan ghanimah untukmu, maka 30 tahun itu sudah cukup. Jika pemerintahan itu adalah bebanan ke atasmu, maka 30 tahun itu sudah cukup. Turunlah kamu”
Lihatlah jika politik dikuasai tangan-tangan yang tidak faham Islam dan agama. Tercabutlah agama tergadailah nilai-nilai Islam. Ringkasnya, membiarkan tampuk pemerintahan dikuasai taghut laksana menggadaikan keselamatanmu, kesenangan hidpmu dan juga gelapnya masa depanmu. Lantas kamu ingin berdiam diri lagi?
“Politic governs the world”. Dengan politiklah kita dapat menguasai dunia dan menundukkan manusia. Sebab itu Islam perlukan politik, untuk terus berkuasa dan membuat manusia tunduk pada ajarannya.
Kamu keliru dengan politik? Takut melibatkan diri? Malas ambil tahu..?
Jom sama-sama ke kuliah pencerahan. Semoga kita celik politik seperti celiknya rakyat Mesir dan Tunisia pada perkembangan politik negara mereka.
Let’s attend this intellectual discourse, shift our paradigm! 1 vote 1 obligatory! Details program adalah seperti berikut:
"GENERAL ELECTION 13: 1 VOTE,1 OBLIGATORY"
Date: 14th March 2011
Time: 8.30 pm
Venue: Main Auditorium Kulliyyah of SCIENCE (ignore the venue in the poster),IIUM Kuantan,Pahang
Panelists:
1. Associate Prof. Dr. Abu Hassan Bin Hasbullah (UM)
2. Syed Abdul Kadir bin Syed Hussin Aljoofre (SHURA)
3. Mohd Dzul Khairi Mohd Noor (Ketua Pemuda Persatuan Ulama' Malaysia)
Moderator: Muhammad Zaki bin Sukery (Vice President of GAMIS)
"Students!!What's Your Call?"
(Taken from FB)
***********
Sedangkan dalam hal-hal yang kecil seperti masuk tandas, nak masuk masjid kaki kiri dahulu atau kanan pun kita diajar agama, takkanlah hal-hal yang besar seperti memerintah negara Islam tidak mempunya peraturannya?
Setiap perkara tidak terlepas daripada 5 hukum: Haram, Makruh, Harus, Sunat, Wajib.
Kebatilan dan kebenaran sentiasa bertarung antara keduanya.
Register, and vote for the party that can fullfill our deen's need |
No comments:
Post a Comment