31.10.09

Letihnya study..

Letihnya kucing ni, sampai tertidur sebegini rupa

Exam Semester 1 2009

Musim exam bagi semester 1 kini tiba. Pelbagai reaksi dapat disaksikan. Ada yang semakin rajin membaca buku, ada yang biasa2, dan ada yang macam biasa je. Semuanya bergantung kepada persediaan sebelum ini. Bagi yang belum besedia, seribu penyesalan pasti datang menerpa. Kini, barulah dirasakan berharganya masa sebelum ini.

Nikmat itu dirasai apabila ianya pergi

"Ruginya aku tak study awal2","argh, banyaknya nak baca"....betullah apa yang dikatakan, nikmat itu dapat kita rasa apabila kita terputus daripada nikmat itu. Masa lapang yang kita abaikan selama ini kini baru dirasai sekarang. Begitulah yang berlaku sejak dahulu, sentiasa berulang2. Namun, apabila musim exam telah habis dan semester baru bermula, kita tetap seperti dulu, terus membiarkan waktu itu berlalu begitu sahaja.

Tension, Banyaknya Kena Baca

Kenapa perlu tension? Rilek la. Sama2 kita fikirkan, apakaha yang kita dapat jika kita asyik tension je? Fikiran berserabut, tak dapat tumpu perhatian, lastly x dapat memahami apa yang dibaca. Think Positively. Berikan dorongan kepada diri anda, inilah peluang untuk kita memahami banyak perkara dalam masa singkat.Inilah kesempatan untuk menambahkan ilmu sebanyaknya. Tidak begitu?

Ibadah Tetap Utama

Walau apapun, janagn kita tinggalkan kewajipan utama kita semua. Janganlah terlalu asyik study, sampai solat pun di akhir waktu. Janganlah asyik study di waktu malam, hinggakan subuh pun manjadi subuh gajah@subuh gorilla@subuh godzilla. Jika itu yang kita lakukan, mana mungkin akan Allah berikan keberkatan pada ilmu kita. Semoga kita semua akan selalu tegur menegur antara satu sama lain. All da best to my friend in every examination :)



No comments: