31.10.09

Letihnya study..

Letihnya kucing ni, sampai tertidur sebegini rupa

Exam Semester 1 2009

Musim exam bagi semester 1 kini tiba. Pelbagai reaksi dapat disaksikan. Ada yang semakin rajin membaca buku, ada yang biasa2, dan ada yang macam biasa je. Semuanya bergantung kepada persediaan sebelum ini. Bagi yang belum besedia, seribu penyesalan pasti datang menerpa. Kini, barulah dirasakan berharganya masa sebelum ini.

Nikmat itu dirasai apabila ianya pergi

"Ruginya aku tak study awal2","argh, banyaknya nak baca"....betullah apa yang dikatakan, nikmat itu dapat kita rasa apabila kita terputus daripada nikmat itu. Masa lapang yang kita abaikan selama ini kini baru dirasai sekarang. Begitulah yang berlaku sejak dahulu, sentiasa berulang2. Namun, apabila musim exam telah habis dan semester baru bermula, kita tetap seperti dulu, terus membiarkan waktu itu berlalu begitu sahaja.

Tension, Banyaknya Kena Baca

Kenapa perlu tension? Rilek la. Sama2 kita fikirkan, apakaha yang kita dapat jika kita asyik tension je? Fikiran berserabut, tak dapat tumpu perhatian, lastly x dapat memahami apa yang dibaca. Think Positively. Berikan dorongan kepada diri anda, inilah peluang untuk kita memahami banyak perkara dalam masa singkat.Inilah kesempatan untuk menambahkan ilmu sebanyaknya. Tidak begitu?

Ibadah Tetap Utama

Walau apapun, janagn kita tinggalkan kewajipan utama kita semua. Janganlah terlalu asyik study, sampai solat pun di akhir waktu. Janganlah asyik study di waktu malam, hinggakan subuh pun manjadi subuh gajah@subuh gorilla@subuh godzilla. Jika itu yang kita lakukan, mana mungkin akan Allah berikan keberkatan pada ilmu kita. Semoga kita semua akan selalu tegur menegur antara satu sama lain. All da best to my friend in every examination :)



1.10.09

Semangat membara menulis blog

Aku duduk menghadap komputer sambil berfikir2,nak tulis ape ye? Pandangan2 yang hebat?aku xmampu..nak tulis rencana? pasal ape?Ish, malulah kalu orang bace blog yang tak hebat ni...itu apa yang datang ke fikiran sewaktu aku mula kembali menulis di internet ni.

Tapi, tertarik jugak tengok kawan2 yang dah lama ada blog macam Hilmi, Eikhwan, Zulkarnain dan semua yang kenal2 dulu(sory la tak mampu nak tulis sume:) Ah, biarlah, tulis je la ape2 yang aku nak. Pedulikan ape yang orang nak komen kalau tak hebat macam orang lain. Tak paksa pun suruh baca.

AMBIL YANG BERMANFAAT

Aku nak jadikan blog ni sebagai diari lah..semoga ape2 yang kulalui dapat dikongsi bersama. Kalau ada yang bermanfaat, ambil la. InsyaAllah ada punye. Kalau silap, bagi la teguran dan cadangan.

Bagiku, orang yang hebat ni mampu jadikan benda2 yang kecil pada pandangan orang lain menjadi ssesuatu yang bermanfaat bagi dirinya. Contohnya, semasa khutnah jumaat. Walau pun dimaklumi khutbah sekarang kurang menarik,dia tetap dengar khutbah yang isunya biasa2 dan ambil isi2 penting dan aplikasi dalam kehidupannya. Orang lain, dengar je tajuk pun dah terlelap, kadang2 tak sempat dengar pun. Sedar2 je dah iqamat.

So, jadikan ape2 yang bermanfaat yang terjumpa dalam blog ni sebagai pendorong anda.




Sekolah Rendahku