18.6.12

Isra' Mi'raj



Ini pula perkongsian dari kuliah oleh Syed Saufi di Surau IM2:



1) Mengapa Allah memperjalankan Nabi Muhammad S.A.W pada waktu malam?  Kerana waktu malam adalah waktu yang sunyi, sesuai untuk pasangan kekasih. Kedua- kerana kelab2 malam orang Arab telahpun ditutup maka Isra' Mi'raj dapat menjadi fitnah untuk menguji iman.

2)Maqam muriid(berkehendak) vs muraad(dikehendaki) - Nabi Musa yang ingin bertemu dengan Allah dikehendaki berpuasa 30 hari. Lain pula dengan Nabi Muhammad s.a.w, Allah lah yang mahu bertemu dengan Rasulullah.

3)Yang diberkati sekitarnya: Kawasan di sekitar masjid Aqsa adalah amat cantik. Berbeza sekali dengan sekitar Masjidilharam yang kurang keindahan. Ini adalah untuk menjaga niat para jemaah haji- supaya datang dengan niat untuk beribadat dan bukannya untuk melancong.

4) Arasy dicipta oleh Allah untuk menunjukkan kekuasaanNya, bukan untuk menempatkan zatNya.

No comments: