7.5.12

Awas ulama jahat



Ulamak ialah pewaris Nabi SAW dan memegang amanah agama setelah ketiadaan para Rasul. Nabi Muhammad SAW adalah nabi yang terakhir, maka tidak ada lagi Rasul yang diutuskan. Urusan ini akan diambil peranan oleh para ulama’
Ulamak ialah mereka yang menguasai ilmu agama dengan meluas. Mereka mesti menguasai ilmu bahasa Arab, Ulum Hadis, Ulum Tafsir, Akhlak, Feqah, Usul Feqh, Tafsir, Tarikh Tashrik, Qawaid Feqhiah,ilmu balaghah dan memahami isu semasa. Seorang ulmak wajib takut hanya kepada Allah SWT sahaja. Jika seorang yang mempunyai ketinggian ilmu tetapi takut kepada manusia maka ia bukan digolong sebagai ulamak.
Ulama mesti beramal  dengan ilmunya dan mengajar pula kepada orang lain, dialah dikira sebagai orang yang mewarisi para nabi. Jika berlaku sebaliknya maka ia mewarisi kerja syaitan.

Manakala ulamak al-su' (jahat) ialah ulamak yang memutar belitkan tujuan agama yang benar kepada yang lain demi kemaslahatan dirinya dan pemerintah walaupun bertentangan dengan agama.

Nabi SAW telah mengigatkan tentang bahayanya ulama' jahat di dalam sabdanya:"Aku bimbang ke atas kamu orang yang lebih dahsyat dari dajjal. Bila ditanya: siapa mereka itu? Jawab Baginda :ulama’ su’.

Ulamak jahat juga seorang munafik yang durjana kerana dia sendiri tidak dapat manfaatkan ilmunya dan ia pula memudaratkan orang lain.

Awas!  kita hendaklah membezakan antara ulamak jahat dengan ulamak akhirat.

Orang alim yang bersikap demikian ialah syaitan yang durjana yang bertopengkan manusia dan paling bahaya kepada agama Allah. Merekalah virus perosak yang paling merbahaya untuk membinasakan iman umat.

Kejahatan orang awam kesannya tidak seteruk kejahatan orang alim, kerana mereka menjadi suri teladan kepada orang lain. Segala fatwa mereka akan mempengaruhi cara hidup dan pemikiran orang lain. Jika seorang doktor silap memberi ubat maka ia hanya boleh mematikan seorang pesakit sahaja.

Sebenarnya ulamak jahat ia telah dilantik oleh syaitan menjadi wakil mereka untuk menyesatkan mereka dan memudah kerja syaitan untuk menyesatkan orang ramai. Ulamak jahat ini dipandang dan oleh Allah seperti keldai dan anjing

Firman Allah SWT (maksudnya): “Perumpamaan orang yang dipikulkan kepadanya kitab Taurat, tetapi mereka tiada memikulnya, bagaikan keldai yang memikul kitab-kitab. Amatlah buruk kaum yang mendustkan keterangan-keterangan Allah, dan Allah tidak memberi petunjuk kepada orang orang yang menginaya dirinya”( Surah al-Jumaah:5”

Firman Allah SWT bermaksud: “Dan bacakanlah kepada mereka berita orang yang kami berikan keterangan-keterangan kami kepadanya, lalu dibuangnya. Sebab itu mereka didatangai syaitan dan syaitan itu termasuk orang-orang yang sesat.” (al-Araf 175)

Allah mengibaratkan ulamak yang jahat seperti anjing

“Perumpamaannya sebagai anjing, kalau engkau mengahalaunya dihulurkan lidahnya, dan jika engkau biarkan dihulurkan juga lidahnya.” (Al-Araf 176)

Ulamak jahat ini muncul; sepanjang zaman kerana mereka ini akan hidup sama hayat dengan kehidupan manusia untuk menyesatkan manusia. Kita mudah untuk berhadapan dengan syaitan, sudah cukup dengan membaca ayat kursi dan Auzubillah. Tetapi syaitan manusia yang bertopengkan agama ini agak sukar untuk kita menghadapinya, kerana mereka juga boleh membaca al-Quran.

Ulamak jahat ini mereka berbicara seolah-olah mereka tidak takut kepada pembalasan Allah SWT. Mereka boleh mempermainkan ayat dan hadis tanpa sandaran yang kukuh.

Mereka akan cuba mencara dalil untuk menghalalkan tindakan pemerintah yang rakus semata-mata untuk kepentingan dunia mereka. Walaupun hati kecil mereka tidak boleh menerima apa yang mereka memberi pandangan tersebut kerana ia bertentangan dengan disiplin ilmunya. Tetapi oleh kerana dunia dan kedudukan mengatasi segala-galanya maka kesemua itu diketepikan.

Realiti yang berlaku kehidupan ulama’ jahat ini akan dihina ketika berada di atas dunia lagi. Pihak pemerintah hanya menyanjung mereka ketika mereka mampu mencari ayat yang menghalalkan tidakan mereka. Tetapi apabila mereka sudah tidak mampu mengeluarkan ayat-ayat yang meyenangkan pemimpin ynag zalim mereka juga akan diketepikan. Akhirnya hidup mereka berada di dalam keadaan yang hina sehingga akhir hayat mereka. Apa makna kehidupan sebegitu rupa, jika di dunia sudah tidak mampu mendapat darjat kedudukan yang baik maka di akhirat nanti akan menerima pembalasan daripada Allah SWT.

Di antara ciri-ciri ulamak jahat ialah takbur dengan pandangannya walaupun tidak betul dari segi kaedah pengambilan hukum.  Melebihkan dunia sehingga mengabai tugas akhirat. Takut kepada manusia, tetapi tidak takut kepada Allah dan tidak merasa bimbang dengan apa yang mereka lakukan kepada Allah SWT. Tamak kepada dunia dan pangkat. Pengampu kepada pemerintah yang zalim. Takut memberi nasihat kepada pemimpin yang zalim. Tidak ada rasa sensitif  terhadap penyelewengan yang dilakukan oleh pemerintah seperti rasuah dan penindasan. Mereka hanya memikirkan tentang kepentingan perutnya sahaja, biarlah agama dicerca. Bijak bermadah punjangga untuk menarik perhatian orang ramai walaupun salah dari segi fakta. Bercakap tidak serupa dengan bikin. Tidak memaparkan akhlak Islam yang sepatut ada kepada seorang yang ada ilmu agama. Keluarganya tidak menunjuk contoh suri teladan yang baik seperti anak isteri tidak memelihara aurat.

No comments: