Satu makhluk yg bernama Mr Satan, hadirnya untuk menyesatkan kita, membantutkan kecemerlangan kita. Sekian lama mereka melata di muka bumi ini, pastinya sudah dihadhamnya sifat, perangai dan kelemahan manusia.
Bersungguh? Usah ditanya lagi akan kesungguhan. Mereka amat bersungguh-sungguh untuk menyesatkan kita. Jika cara itu tidak berjaya, akan dicuba cara yang lain. Jika cara yang lain itu gagal, akan dicuba lagi jalan yang berbeza dengan kreativit berbeza.
Jika dapat, mahu saja kita dibuat agar meninggalkan terus solat 5 waktu.
Susah, untuk mencapai tahap itu, maka diusahakannya supaya kita meninggalkan solat berjemaah.
Masih susah? maka diturunkan lagi tahapnya. kali ini diusahakan supaya kita terlewat bersolat jemaah.
Terlewat untuk hadir ke masjid.
Terlewat untuk mendapat takbiratul awla.
Terlewat untuk mendapat sunat rawatib.
Terlewat untuk mendapat nikmat berdiam diri di rumah Allah sambil menunggu azan dilaungkan.
Semuanya dilakukan secara halus.
Tidak dengan sejam dua, tapi dengan minit.
Seminit dua sahaja, maka mereka semakin berjaya sedikit demi sedikit.
Mr Satan: 'Demm. I'm busted.'
Aku: Ow..camtu.
Esoknya: Biarlah dulu, seminit dua lagi nak main fb. Pasni baru p sembahyang
1 comment:
salam 'alaik..
waah! hebad! :D
Post a Comment