2.12.11

Berhadiahlah..Ia Menggembirakan

Semalam selepas balik dari megamall, saya dan Syahmi sempat singgah di pasar malam. Walaupun waktu dah dekat isya' tapi kami singgah juga untuk memenuhi permintaan Firdaus.

Setelah meredah arus manusia yang pelbagai, kami sampai ke gerai 'karipap' itu. Oh, bukan karipap tapi murtabak rupanya. Tapi rupanya yang bersegi tiga menyebabkan saya menyangka ia adalah 'karipap'. Lagipun pemesan juga mengatakan ia adalah 'karipap'. Tak kisah lah, asalkan ianya adalah makanan.

Berapa harga?

RM2 untuk 3 keping.

Bagi RM4 lah..

Ok.

Ada bonus kan? hehe.saya cuba memancing di atas darat.

Si penjual memandang saya dan tersenyum.

Setelah pulang ke rumah,kami mengira jumlah 'karipap' yang diberikan. Ada 7 kesemuanya. Saya tersenyum gembira. Minggu depan nak singgah lagi kat gerai tu.


Karipap+Murtabak menghasilkan = ?
*****

Sambil2 makan nasi dagang yang kuahnya ada terasa ajinomoto, kedengaran jiran sebelah baru pulang bersama Wishnya. Saya pun mengeluarkan keropok keping yang sudah tersimpan 3 minggu di dapur. baru harini ada kesempatan untuk memberikannya.

Wan turut serta setelah diajak, selesa sikit nak berborak. Setelah keropok bertukar tangan, kami berbual selama kira-kira 20 minit, menyelak kembali sejarah perumahan itu. Semuanya di pintu pagar rumah.

Bener gitu, yang menerima rasa gembira, yang memberi terlebih lagi rasa gembira.

* 'LIKE' juga adalah satu hadiah kan? B-)

2 comments:

Unknown said...

karipap segi tigerrr(tiga) hahahaa

Ukhar said...

hahaha..daus yg bagi nama..aku beli je B-)