10.7.11

Jom Naik Bot Laju

Salam penuh kebersihan.
Hari ni saya nak membersihkan blog dari sawang dan semak samun,
Maaflah kerana dah lama tak update,
Dengan semangat bersih semalam, saya menguatkan diri.

Cuti tinggal 2 bulan saja lagi,
Erk, 2 bulan tu rasa-rasanya lama lagi ke tak?
Kalau bandngkan dengan keseluruhan cuti, rasa dah pendek je.
Tapi sebenarnya 2 bulan adalah amat panjang yang perlu dimanfaatkan dengan sebaiknya.


Kadang-kadang terfikir, apa yang perlu diisi dalam masa 2 bulan ni?
Banyak pilihan yang ada, samada yang membina ataupun yang sebaliknya.
Kita sendiri yang menentukannya.
Sekurang-kurangnya, berhenti seketika, tarik nafas dalam-dalam dan renung sejenak,
Apa yang AKU NAK CAPAI dalam masa 2 bulan ini?
Jangan biarkan diri hanyut dibawa arus, ditolak angin,
Dibawa sesuka hatinya, bak sebuah kapal  layar,
Akhirnya setelah dua bulan, hanya berada di sekeliling jeti.
Kesina, tetiba xde angin bertiup


Sepatutnya pilihlah sebuah bot laju,
Yang kita boleh kawal sesuka hati,
Boleh pergi jalan-jalan kat pulau,
Tidaklah statik dan tiada peningktan diri.
jom naik yang speedy punya,warna kuning


Walaubagaimanapun, ini hanyalah anjuran untuk diri saya sendiri dan anda,
(dengan menulis, saya akan selalu diperingatkan)
Anda bebas memilih macamana nak habiskan cuti anda,
Semoga ia tidak disia-siakan.
Bak kata pepatah:

Masa Itu Emas

Sesal Dahulu Pendapatan,
Sesal Kemudian, Kesian :p

Nak habiskan sume ni,
Pray so that I'm strong enough


3 comments:

Anonymous said...

nice post!! :D pursuit it..

471KAH HUD4 said...

haha entry lbh krg ja. nama pn family rx8 :) jom nek bot!

Ukhar said...

To Nony: thanx.Hope it will benefit me most

Jom2..naik sampe London :p