22.7.11

Kenangan Bersama Dr Lo' Lo'

Dr Lo’ Lo’ Sekadar Yang Saya Kenali
Prof Madya Dr Mohd Asri Zainul Abidin
(sertai facebook DrMAZA.com dan twitter realDrMAZa)


Kita hanyalah bilangan hari. Apabila sebahagian bilangan hari itu pergi, sebahagian diri kita juga pergi. Apabila kesemua telah habis pergi, maka berakhirlah riwayat ini. Hidup hanyalah sebuah perjalanan, pasti ada tarikh perhentiannya. Tiada siapa dapat menghalang, walau sehebat mana pun dia merancang. Dunia hanya ladang untuk menuai bekalan. Dataran menuju ke persada sebenar kehidupan. Dunia ini amat sementara; ada hari datang dan ada pula hari perginya.

15.7.11

kanak kanak baca al quran bertulisan braille



Guna Quran bertulisan braille?
Ya, maksudnya beliau tidak mempunyai nikmat melihat seperti kita.
Malulah kita jika jarang-jarang sekali menyentuh Al-Quran.

Tiada alasan untuk tidak membaca Al-Quran.
Harapnya kita tidak terkebil-kebil di akhirat nanti apabila disoal apakah yang kita lakukan dengan nikmat penglihatan yang Allah kurniakan ini?

Baca,ngulang,tadabbur,amal,sebar. HAYATI (Menghidupkan dalam amalan kita)
Semoga kubur kita bersuluh nanti.

Dipetik dari:

http://www.husammusa.com/v10/index.php?option=com_content&view=article&id=413:festival-makanan-antarabangsa-kelantan-cheng-ho-2011-kanak-kanak-mengaji-al-quran-guna-kod-braille&catid=1:latest-news

10.7.11

Jom Naik Bot Laju

Salam penuh kebersihan.
Hari ni saya nak membersihkan blog dari sawang dan semak samun,
Maaflah kerana dah lama tak update,
Dengan semangat bersih semalam, saya menguatkan diri.

Cuti tinggal 2 bulan saja lagi,
Erk, 2 bulan tu rasa-rasanya lama lagi ke tak?
Kalau bandngkan dengan keseluruhan cuti, rasa dah pendek je.
Tapi sebenarnya 2 bulan adalah amat panjang yang perlu dimanfaatkan dengan sebaiknya.