11.4.11

PC Tips :Create Your Restore Point

 Assalamualaikum.Salam ceria penuh semangat.

Kali ini saya ingin berkongsi satu tips berguna bagi menghadapi sebarang kemungkinan kerosakan laptop@desktop.

Baru-baru ini, komputer dua orang kawan saya telah mengalami kerosakan pada sistem Window mereka.
Komputer xleh hidup, just keluar start up screen je.
Mujurlah ada Restore Point. Maka komputer mereka dapat dipulihkan kembali. Kalau tak, tentu kena format.

So, saya menganjurkan anda membuat Restore Point laptop anda.
Kalau ada apa-apa berlaku nanti, solusinya tidaklah terlalu susah.


Fungsi Restore Point:
mengembalikan laptop anda kepada setting@suasana sama pada ketika restore point itu dibuat.

Bagi membuat penjelasan, saya bawakan contoh.
Apabila anda mahu menggunakan sebuah kelas untuk sesuatu program, anda akan dinasihatkan untuk mengatur kembali meja2 dan kerusi sepertimana sebelum program berjalan.
Begitulah ibaratnya Restore Point ini.

Cara-caranya:


Click butang Window n taip "create a restore point". Click pada pilihan yg bergaris

Click Disk C dan click "Create"
Tuliskan tarikh dan click create

 Digalakkan untuk buat Restore Point dalam sebulan sekali.
Sebarang pertanyaan adalah dialu-alukan

**********

Bagaimana pula dengan Restore Point hidup kita?
Adakah anda mempunyai satu asas yg ditetapkan sendiri?
Dalam penat jerih menghadapi hidup ini, pastikan ada satu asas,

"Hidup hanya sementara, aku akan meninggalkannya jua suatu hari nanti. Maka akanku  
utamakan yg abadi"

2 comments:

Nur Mawaddah said...

salam. mcm mana nak buat partition kat laptop ea? taw tak?

Ukhar said...

ada2..tapi aku x pernah try la

boleh chek link ni

http://www.ehow.com/how_5175983_create-partition-formatting.html