Bismillahirrahmanirrahim.
Di sini saya ingin kongsikan sedikit cerita tentang bagaimana berlakunya revolusi Mesir yang saya dengar. Semuanya diceritakan oleh Presiden Persatuan Perubatan di sebuah univerasiti di Mesir selepas kuliah ust Irfan di KOM beberapa hari lepas.
1. Mesir berada di benua Afrika, bukannya di benua Asia. Ramai yang tersilap menafsirkan bahawa Mesir berada di benua Asia kerana ia selalu disebut bersama-sama negara Timur tengah lain sepertti Jordan, Mekkah, Madinah.
2. Rakyat Mesir berada di bawah UNDANG-UNDANG DARURAT sejak berpuluh tahun lalu. Mereka ditindas dan ditakut-takutkan oleh kerajaan sehingga takut dan menganggap mereka langsung tidak mampu untuk berbuat apa-apa.
3.Rakyat Mesir sangat miskin. Golongan yang kaya adalah sangat kaya, yang miskin pula melampau-lampau miskinnya. Bayangkan, mencari makanan di tempat pembuangan sampah adalah perkara biasa. Meminta sedekah adalah kerana sudah tiada lagi pekerjaan yang mampu dilakukan.
4.Rakyatnya sangat ramai. Penduduk di Kaherah sahaja sudah mengatasi jumlah rakyat Malaysia.
5.Kebangkitan di Tunisia telah membangkitkan semangat rakyat Mesir.
6.Permulaan kepada perhimpunan adalah dengan tersebarnya di kalangan rakyat bahawa mereka ingin berkumpul secara aman di beberapa tempat. Berita ini disdebarkan di facebook. Tiada siapapun yang merancangnya, termasuk Ikhwan Muslimin.
7.Hari perhimpunan pertama adalah pada 25 januari, yang mana hari itu adalah hari cuti hari polis. Perhimpunan adalah secara aman. Namun, polis Mesir yang angkuh telah menunjuk-nunjuk kuasa mereka sehingga mengakibatkan dua orang SYAHID.
8. Dr Yusuf Al-Qardhawi sendiri memfatwakan bahawa sesiapa yang terkorban ketika menyertai demonstrasi ini, maka matinya adlah mati SYAHID. Ini berdasarkan hadis berkenaan perihal menyatakan kebenaran di hadapan pemerintah yang zalim. Walaupun ada beberapa ulama' Mesir yang melarang rakyat mesir melakukan sedemikian, namun fatwa Dr Yusuf Al-Qardhawi adalah lebih utama. Ini kerana beliau adalah dianggap sebagai ketua seluruh ulama dunia. Tambahan lagi, ulama'-ulama' terbahagi kepada bidang masing-masing seperti ulama' feqah. Manakala situasi ini adalah tepat dan bersesuaian dengan bidang Dr Yusuf Al-Qardhawi.
9. Dr Yusuf Al-Qardhawi adalah rakyat kelahiran Mesir, namun beliau dilarang sama sekali daripada memasuki Mesir.
10.Rentetan daripada kematian dua orang tersebut, satu lagi perhimpunan telah dilancarkan pada hari Jumaat. Pada hari itu, Mesir telah menyaksikan kebangkitan rakyatnya. Seluruh rakyat Mesir telah bangkit dan melawan polis. Bangunan-bangunan dan balai polis telah dibakar. Polis Mesir hari itu telah lumpuh dan kalah kepada kebnagkitan rakyat. Selepas itu, internet, telefon dan komunikasi telah diputuskan oleh kerajaan.
11.Sekumpulan pro-Mubarak telah diwujudkan untuk melakukan provokasi. Bilangan mereka adalah sangat sedikit. namun media telah melaporkan dan membuatkan seolah2 jumlah mereka sangat besar. Tindakan mereka- naik ke atas bangunan dan melemparkan barang2 yang berbahaya termasuklah rim kereta.
12. Keadaan pelajar Malaysia tidaklah seteruk yang dilaporkan. Yang paling teruk pun, dua orang yang tercedera kerana terkena serpihan ketika melalui kawasan itu. (Dalam berita dilaporkan sampai buta.)
13. Semalam, (Jumaat, 11/2/11) telah diadakan sekali lagi perhimpunan sehingga menyebabkan Hosni Mubarak menumumkan perletakan jawatannya.
14. Isu ini bukanlah isu bangsa Mesir sahaja, bahkan ia adalah isu kita semua. ini kerana Mesir merupakan negara yang sempadannya bersebelahan Palestin.
Sama-sama kita ambil pengajaran daripada peristiwa ini:
1)Besarnya peranan demonstrasi
2)Rakyat akan bangkit apabila kerajaan berlaku zalim sehinggakan tiada peluang langsung untuk menyatakan kehendak rakyat. (Pilihanraya Mesir yang berlaku 6 tahun sekali diwujudkan hanya sekadar syarat untuk me'legal'kan pemerintahan 'demokrasi' Hosni Mubarak.
Wallahua'alam.
Pautan lain berkenaan kebangkitanrakyat Mesir:
Ustaz Hasrizal
Rakyat Marhein
Harakah
*Kalau ada link, sila kongsikan di ruangan comment yea?
*Petang ni insyaAllah akan balik rumah untuk mendengar sendiri akan kisah revolusi Mesir ini daripada adik.
3 comments:
link berita:
http://english.aljazeera.net/news/middleeast/2011/02/2011211164636605699.html
link video from you tube:
http://www.youtube.com/watch?v=Z06GVWJgTWU
http://www.youtube.com/watch?v=vDyD2-42G6k&feature=relmfu
takde apa yg pntg sgt, just nk share crite tntg kwn yg di mesir which is one of my classmate dulu..
http://budakakhirzaman.blogspot.com/2011/02/pedih-mata.html
thanx everyone! =)
Post a Comment