28.1.11

ustaz azhar idrus - agama dan politik



Erk, dah daftar mengundi blom?
Kalau blom cepat2 lah yep p daftar
=)

27.1.11

Using Jump break

Jump break digunakan untuk memberikan paparan 'preview' sesuatu post di 'home page' blog. Hanya sebahagian post yang akan dipaparkan, bukannya keseluruhan post. Ini memudahkan pembaca beralih ke bahagian blog kita yang disukainya dengan senang.

Caranya:

1)Place cursor at the desired preview portion.
2)Click the icon for 'jump break' at the editor tool:


Selamat mencuba =)

25.1.11

Sebelum mata terlena



Lembutkan hati,
Ingati mati,
insafi diri,
Kembali pada Ilahi

20.1.11

Bahasa Tubuh




Apabila badan dihinggapi penyakit, ia akan menghantar isyarat kepada kita dalam bentuk rasa sakit. Subhanallah, begitu canggihnya sistem yang Allah ciptakan dalam badan kita.  Contohnya, apabila kita rasa pening kepala.

Akan tetapi malangnya, kita cuma merawat rasa sakit itu, bukan penyakit itu sendiri.

*Tuan Haji Ismail adalah pengasas dan pemilik HPA (Herba Penawar Al-Wahida). Keluarga beliau merupakan pewaris perawatan herba dari turun temurun. Maka, ubat2 dari HPA banyak berasaskan herba-herba yang berfungsi merawat punca penyakit.

Selanjutnya tentang HPA boleh baca di sini.

Berkemas Untuk ke Syurga

Assalamualaikum wrt wbt

Semalam menyampaikan kuliah maghrib di Masjid Kg. Mahkota Kuantan, ibrah (pengajaran) dari surah Yaasin. Masuk ayat 53 hingga ayat 58. Ya Allah.. seronoknya menyelam dalam lautan mutiara wahyuMu. Cerita semalam ialah cerita Syurga bersulam cinta dan nikmat keabadian...

Penghuni syurga teramat sibuk dengan kenikmatan. Dihiasi cahaya yang gilang-gemilang. Persekitaran yang tidak panas dan tidak terlalu sejuk. Bersama isteri-isteri serta bidadari memadu kasih di pelaminan empuk, menikmati buah-buahan syurga. Tiada kalimah secantik bahasa yang mampu terungkap bagi menggambarkan hakikat sebenar akan kenikmatan taman syurgawi itu...

Namun, yang paling menggetarkan hati adalah saat diziarahi Yang Maha Pengasih. Seakan terlupa segala nikmat yang lain, lantaran pertemuan itu adalah kemuncak segala nikmat.. Bayangkan... seorang mukmin selama di dunia... ia hidup kerana Allah, beribadah kerana Allah, menahan diri kerana Allah, berjuang dengan harta dan jiwa raga untuk Allah.. maka di saat itu, ia berpeluang untuk bertemu dan melihat Allah.. Adakah lagi nikmat yang lebih hebat dari pertemuan itu???

Ya Allah.. terima kasih kerana memberi peluang pada hatiku untuk merasai sentuhan lembut dan bahagia dari kalamMu ini...

InsyaAllah, kami akan bersiap dan berkemas untuk ke SyurgaMU.. bimbinglah kami.

************************

Di 'copy pasted' from Ustaz Hazmi . Saya kongsikan di sini kerana ia telah menggetarkan + mem'vibrate'kan sebuah 'hati'. Sesuai juga untuk di gabunglan ke post "Matlamat Hidup'

19.1.11

Renungan untuk Aktivis Dakwah

Formspring: 10 saja:Matlamat hidup yg sebenar

10 saja:matlamat hidup yg sebenar 1.Matlamat hidup adalah perkara yg paling penting dalam hidup ini. Sama seperti sebuah program.

-Orang yg hebat merangka sebuah program untuk mencapai matlamat tertentu-

2.masih ramai yg hidup tanpa matlamat, walaupun sudah bergelar mahasiswa

3.tanpa matlamat hidup, jadilah kita seperti kapal layar, hanya mengikut arah angin, hidup jadi tidak bermakna kerana tiada yg ingin dicapai dan dikejar

4.begin with the end in mind. DI manakah ending kita? Letakkanlah sejauhnya, hingga sampai ke alam akhirat, bukan setakat dunia sahaja.

5.jika sudah ada, adakah ia betul? tepat seperti yg Allah kehendaki?

6. "Solatku, hidupku, matiku hanyalah kerana Allah". ayat ini perlu direnung dalam merangka matlamat hidup

*6 sahaja dahulu...insyaALlah akan diupdate

16.1.11

Blogging Using Microsoft Word

      Salam alaik.
Teruskan mencari redhaNya yea.
This is my first post, a testing post using Microsoft Word.
It is easier and faster.
I just know it (can do blogging using Microsoft Word) after reading this link:
May this help you all.
Keep writing something useful, something that is beneficial to others.
Peace No War =)

14.1.11

Jom Kahwin Updated


Some hikmah from ustaz:
Prepare your GPS,
Set da destination,
But, how far is your dstination?
Make sure until Firdausi.

Orang hebat merancang program berdasarkan endingnya,
So, rancang perkahwinan anda melalui matlamat akhirnya.

Marriage is not about hukum, it is about communication.

*Saya menulis kali ini ketika tghari tegak di atas kepala(so sleepy)
*Kalau nak faham lebih, nantikan kemunculan VCDnya.
*Jika anda juga menulis tentang talk ini, sila link kan ke sini yea =)

11.1.11

Neraka Wail Untuk Yang Sembahyang

         Neraka untuk mereka yang sembahyang?
Biar betul?

Memang betul!
Kerana Al-Quran sendiri yang mengatakannya.

“Maka Wail lah (balasannya) bagi orang yang sembahyang.” 
 (Surah Al Ma’un, ayat 4)

“Iaitu mereka yang berkeadaan lalai daripada menunaikan sembahyang.” 
(Al ma’un : ayat 5)

Menurut tafsir al-Jalalain, LALAI di sini bermaksud:
Melambat-lambatkan solat sehingga habis waktu,
Namun, ramai juga ulama yg mengatakan lalai di sini bermaksud melambat-lambatkan solat
Begitu besarnya dosa, kerana melambatkan/meremehkan solat
Kenapa?
Kerana ia adalah tiang agama
Solat dibiarkan, agama pun terbiar

Jika untuk yang bersolat pun disediakan neraka, apatah lagi yang langsung tidak solat?

Lalu, seorang ahli kuliah bertanya (selepas ruang bertanya dibuka)
"Apa yang perlu kita lakukan jika berada dalam bas, tapi pemandunya tidak berhenti? Sedangkan destinasi masih jauh dan akan kehabisan waktu?"

Wajib untuk kita menghentikan bas itu.
Sedangkan untuk membuang air pun pemandu akan berhenti,
Inikan pula solat,
Hak asasi kita.

Renungkan suasana beberapa hari sebelum bencana tsunami melanda,
Ketika bas sedang bergerak di kawasan bencana, tanpa tanda untuk berhenti,
Lalu, seorang rakyat Malaysia ini cuba memberhentikan bas untuk bersolat,
Sedihnya,yang turun hanya 2 orang,
Juga seorang rakyat Malaysia yang lain.
Pasti situasi itu berlaku juga di kawasan sekitarnya.
Maka Allah timpakan azab kepada mereka.
Jangan sampai hal ini berlaku kepada kita,
Berilah peringatan.

7.1.11

Delete Betul2

                Bismillahirrahmanirrahim
Semoga sentiasa berada dalam rahmat Allah selalu.
Semoga sentiasa mengejar kasih sayangnya
Siapalah kita tanpa keredhaanNYA.

Tips kali ini:
DELETE BETUL-BETUL

1.1.11

Formspring: Kenape Anda Berblog?

Bismillahirrahmanirrahim.
Terima kasih kepada yg bertanya.
Maaf kerana lambat menjawab

Kenapa saya berblog?
Banyak jawapannya