7.11.09

Yaayyyy, dapat rumah baru..

Rumah Baru

Rumah baru kita, insyallah

Dah tengok belum rumah baru kita? Kalau free petang2 pergi la tengok2. Nanti boleh la buat persediaan sikit untuk pindah rumah ni.

Biasanya, tuan rumah akan pergi tengok proses pembinaan rumah dia. Mula2, pergi surwey tapak dulu, pastu tengok progress camne. Nanti, bile dah surwey tapak, boleh lah chop/ pilih lokasi yang strategik sikit. Betul tak? Sama la jugak ngan kita. Kalau2 ada masa tu, singgah2 la kat kubur, tengok tempat yg akan kita pergi nanti.

Eh, cepat la pergi tengok. Nanti kalau lambat2, dapat tempat yg tersorok pulak macam kat tepi semak, hujung2 kawasan. Nanti bila kita dah pindah kat rumah ke rumah yang tersorok ni, orang lain susah pulak nak melawat.

Orang Yang Paling Bijak

Siapa orang yang paling bijak? Mereka adalah orang yang paling banyak mengingati mati. Jadi, dengan kita selalu menziarahi kubur ini, insyaAllah kita akan mengingati mati. Tapi, jangan ingat sahaja, buatlah preparation sekali.

Ha, anda dah pergi jenguk belum rumah baru anda?

No comments: