Saya tidaklah menumpukan sangat pada khutbah yang disampaikan, kerana fikiran saya cepat sahaja terbang jauh, walaupun sudah digagahi untuk memberi sepenuh tumpuan. Saya teringat kepada cara didikan ayah saya sejak kecil. Setiap kali pulang dari solat Jumaat, saya akan ditanya tentang isi khutnah tadi.Ia sedikit sebanyak menyebabkan saya cuba menumpukan perhatian kepada khutbah walaupun usia masih lagi di bangku sekolah rendah.
Namun, peristiwa yang berlaku selepas solat Jumaat tadi menjadikan kata2 khatib itu terngiang2 di telinga saya. Dan, dengan berlakunya peristiwa itulah menyebabkan saya terfikir betapa propaganda Yahudi sudah berjaya meruntuhkan perpaduan umat Islam. Perancangan yang berlaku berpuluh2 tahun yang lalu itu terus berjalan, cuma kita yang leka dan tidak menyedarinya, termasuklah golongan2 mahasiswa.
Sesudah solat, saya terus membeli makanan buat mengisi perut yang kosong sejak pagi. Hajatnya, ingin saya makan bersama2 sahabat2 seperti selalu. Maklumlah, makan beramai ni memang seronok. Tambahan pula, perkara yang dilakukan berjamaah ni ada berkatnya. Sebab itulah Rasulullah menggalakkan keluarga supaya mengamalkan makan bersama.
Namun, keseronokan makan beramai2 itu tidak dapat saya nikmati pada petang itu. Sebabnya? Semuanya gara2 keinginan untuk menonton drama bersiri terbitan puak kafir. Dari situ, saya terfikir bagaimana agenda Yahudi ini berjalan iaitu dibanyakkan hiburan melampau sehingga berkurangnya komunikasi antara satu sama lain, lantas melemahkan hubungan antara masyarakat sekeliling.
Bagaimana ia berjalan? Saya cuba bawakan contoh yang biasa berlaku di dalam sebuah keluarga, tentang bagaimana agenda Yahudi ini mampu menyebabkan keruntuhan institusi kekeluargaan. Dalam keadaan kurangnya komunikasi antara ibu bapa dengan anak2 lantaran tuntutan mencari nafkah, peluang bersama yang tinggal sedikit itu dirampas pula oleh wayang2 di rumah. Jangan kata setiap rumah, malah hampir setiap bilik pun sudah dimasuki oleh2 wayang2 ini. Di bilik ibu bapa boleh didapati televisyen khas, dan sebuah lagi pula di ruang tamu untuk anak2.
Hasilnya? semakin kuranglah komunikasi yang berlaku antara ibu bapa dan anak2. Kesannya dapat dilihat apabila anak2 kekurangan kasih sayang dan cuba mengisinya dengan merapati kawan2 yang tidak sepatutnya.
Berbalik kepada situasi saya tadi, jika terlalu asyik dengan filem2 dan drama2, hubungan pasti menjadi renggang sedikit demi sedikit. Tempoh untuk makan bersama-sama bukanlah terlalu lama, sedangkan filem2 itu boleh disaksikan kemudian.
Nasihat saya kepada teman2 dan juga diri sendiri, luangkanlah sebanyak mungkin waktu bersama, supaya dapat kita kukuhkan hubungan dan memajukan umat yang tercinta ini.