12.4.12

Doa Apabila Hilang Barang

Selalunya jika saya kehilangan barang maka ayat yang saya selalu baca adalah surah Luqman ayat 16:


Saya dah lupa dari mana saya terjumpa ayat ni, mungkin daripada sebuah buku doa atau ceramah. Namun alhamdulillah, banyak kali ianya berhasil. Kadang kala, saya baru sahaja terlintas untuk membaca ayat ini barang yang ingin dicari sudahpun ditemui.

Mungkin barang asal itu tidak ditemui namun ianya akan diganti dengan yang lebih baik.

Namun apabila memerhatikan maksud ayat, kita patut merasakan gentar di hati. Betapa besarnya kuasa Allah, semua perbuatan kita diketahuiNYA. Samada secara tersembunyi ataupun tidak.

31.3.12

Nafsu Dan Ego




Ketika berada di DQ, senior selalu menekankan tentang perlunya menurunkan ego. Dalam program2 mereka, mostly yang disentuh adalah EGO.

Amatlah mudah untuk kita memberi nasihat, namun amatlah susah untuk kita mendengar nasihat. Menurut Imam Ghazali, hal ini berlaku kerana nafsu kita akan menentang nasihat yang diberikan itu.

Kadang2 kita tidak menyedari bahawa kita sedang dikuasai ego. Sama2 kita berwaspada, deh?

18.1.12

Tuntutan kepada Pakatan Rakyat



Kebebasan akademik
PTPTN
AUKU
Ruang untuk anak muda bersuara

-ini tuntutan kepada Pakatan Rakyat jika mereka ingin memerintah-

11.1.12

Mr Satan

Satu makhluk yg bernama Mr Satan, hadirnya untuk menyesatkan kita, membantutkan kecemerlangan kita. Sekian lama mereka melata di muka bumi ini, pastinya sudah dihadhamnya sifat, perangai dan kelemahan manusia.

Bersungguh? Usah ditanya lagi akan kesungguhan. Mereka amat bersungguh-sungguh untuk menyesatkan kita. Jika cara itu tidak berjaya, akan dicuba cara yang lain. Jika cara yang lain itu gagal, akan dicuba lagi jalan yang berbeza dengan kreativit berbeza.

Jika dapat, mahu saja kita dibuat agar meninggalkan terus solat 5 waktu.
Susah, untuk mencapai tahap itu, maka diusahakannya supaya kita meninggalkan solat berjemaah.
Masih susah? maka diturunkan lagi tahapnya. kali ini diusahakan supaya kita terlewat bersolat jemaah.
Terlewat untuk hadir ke masjid.
Terlewat untuk mendapat takbiratul awla.
Terlewat untuk mendapat sunat rawatib.
Terlewat untuk mendapat nikmat berdiam diri di rumah Allah sambil menunggu azan dilaungkan.

Semuanya dilakukan secara halus.
Tidak dengan sejam dua, tapi dengan minit.
Seminit dua sahaja, maka mereka semakin berjaya sedikit demi sedikit.



Mr Satan: 'Demm. I'm busted.'

Aku: Ow..camtu.
Esoknya: Biarlah dulu, seminit dua lagi nak main fb. Pasni baru p sembahyang