25.4.11

Nuffnang, Babai2 + Tata

Setelah membaca artikel ustaz Zaharuddin, yang boleh didapati di sini, maka saya mengambil keputusan untuk tidak menyiarkan lagi iklan Nuffnang.

Terpulang kepada anda untuk menyiarkannya lagi atau tidak, namun saya mengambil langkah berhati-hati.
Silalah baca dan nilai dengan iman.

Pendapat saya, tak berapa sangat pendapatan daripada Nuffnang ni. Better tu use other ways to generate income.
Lagipun buat penuh ruang blog je..hehe

22.4.11

Nenek..


Nenek...
bila boleh makan?
cucu lapar.............

11.4.11

PC Tips :Create Your Restore Point

 Assalamualaikum.Salam ceria penuh semangat.

Kali ini saya ingin berkongsi satu tips berguna bagi menghadapi sebarang kemungkinan kerosakan laptop@desktop.

Baru-baru ini, komputer dua orang kawan saya telah mengalami kerosakan pada sistem Window mereka.
Komputer xleh hidup, just keluar start up screen je.
Mujurlah ada Restore Point. Maka komputer mereka dapat dipulihkan kembali. Kalau tak, tentu kena format.

So, saya menganjurkan anda membuat Restore Point laptop anda.
Kalau ada apa-apa berlaku nanti, solusinya tidaklah terlalu susah.

31.3.11

KISAH PADERI & GEMBALA KAMBING

KISAH PADERI & GEMBALA KAMBING


Kejadian berlaku di sebuah negara yang tidak dapat dipastikan namanya. Masyarakat dalam negara itu hidup dalam keadaan yang aman dan damai. Rata-rata penduduknya adalah yang menganut agama Islam.

...Suatu hari datang seorang cendekiawan kristian, yang ingin menguji keagungan dan kebenaran Tuhan yang disembah. Cendekiawan itu berjumpa dengan raja negara tersebut dan meminta kebenaran untuk berdebat dengan penduduk-penduduk di negara itu.

Pertaruhan yang telah ditetapkan oleh cendekiawan itu adalah, jika dia dikalahkan, dia beserta seluruh ahli keluarganya akan memeluk Islam. Sebaliknya jika dia menang, raja hendaklah memberi dia kekayaan dan kebenaran menyebarkan agamanya di situ. Dan syarat terpenting perbahasan ialah menggunakan bahasa isyarat. Kemudian raja pun bertitah mengumumkan pertandingan tersebut kepada rakyat dan barangsiapa yang kalah, dia akan dikenakan hukuman yang berat.

11.3.11

Dulu 'setan', sikalang?




APABILA disebut nama Azmil Mustapha , majoriti generasi muda tidak akan dapat mengecam siapa orangnya. Tetapi sebut saja Ali Setan , 'berkat' daripada siaran ulangan filem tersebut di kaca televisyen , semua orang tidak kira yang kecil atau dewasa dari kalangan peminat filem Melayu pasti mengenal pelakon tersohor Malaysia dekad 80-an ini. Azmil, 55 (umur yang dikira beliau mengikut takwim hijri 22 Safar 1375H) adalah antara sebilangan artis di Malaysia yang melakukan 'penghijrahan' daripada kehidupan yang penuh 'lagha' kepada pengabdian diri kepada Allah. Penampilan terakhirnya adalah sebagai Pengiran Demak dalam filem 'Puteri Gunung Ledang'; watak yang diilakonkan setelah syarat-syaratnya yang ketat diterima penerbit. Duda (mempunyai seorang anak dengan bekas isteri pertama dan empat dengan isteri kedua) dari Shah Alam, Selangor ini telah musafir ke Syria sejak setahun lalu untuk mempelajari bahasa Arab dan ilmu agama. Wartawan Global Media Channel (GMC) berkesempatan menemuramah Azmil di Kota Bharu (beliau kembali ke Malaysia sempena cuti semester pengajiannya) yang hadir memenuhi undangan untuk menyampaikan ceramah kesedaran Islam anjuran PAS Kawasan Ketereh baru-baru ini.