14.3.10

--X-ploring PC 1- Cepatkan Pergerakan Mouse


Adakah anda tahu bahawa pergerakan ikon mouse di skreen boleh dicepatkan? Ini membantu kita mencapai butang sasaran dengan lebih cepat + mengurangkan pergerakan + memudahkan. 

Cubalah langkah2 di bawah.

1- Click butang 'START'

2- Click 'Control Panel'

3- Click 'Printers n other hardware'

                   
4- Click 'Mouse'
                                        
5- Click 'Pointer Option'

                                              
6- Tarik penunjuk di 'Motion' sehingga ke hujung.
                                             


7- Click 'OK'

8- Cuba gerak-gerakkan mouse dan rasai perbezaannya. Jika tidak sesuai, laraskan mengikut kelajuan yg anda suka

7.3.10

Apa itu maksiat?

Maksiat itu apabila hati kita bergetar resah untuk melakukannya.




Maksiat itu mahu kita sorokkan daripada orang ramai


Tapi, kalau dah biasa buat, rilek je kita buat, tak bergetar pun hati.
Bila dah biasa kita buat, rilek je buat secara terang-terangan

23.2.10

Mendaki bukit Pelindung

Pada hari Ahad, 21 Febuari baru2 ini, ahli kelas kami telah berjaya mendaki Bukit Pelindung di Kuantan, Pahang. Bermula pada 9 pagi dan berakhir dengan BBQ pada jam 1;30 tghari. Cayalah bakal farrmasi semua!!!



                                              Pakai selipar je ...

      
Arghhh,tingginya

 
  Group 7
           


                                         Inilah bandar kuantan

                                          Berakhir dengan BBQ...best!

1.1.10

Jarum Yahudi Menjalar Di UIA

"Dengan keadaan umat Islam yang semakin lemah ditindas, kita masih lagi menggunakan produk2 Amerika, mengagungkan kekuasaan mereka, menonton filem2 mereka...." begitulah khutbah yang disampaikan pada hari Jumaat, 1 Januari 2010.

Saya tidaklah menumpukan sangat pada khutbah yang disampaikan, kerana fikiran saya cepat sahaja terbang jauh, walaupun sudah digagahi untuk memberi sepenuh tumpuan. Saya teringat kepada cara didikan ayah saya sejak kecil. Setiap kali pulang dari solat Jumaat, saya akan ditanya tentang isi khutnah tadi.Ia sedikit sebanyak menyebabkan saya cuba menumpukan perhatian kepada khutbah walaupun usia masih lagi di bangku sekolah rendah.

Namun, peristiwa yang berlaku selepas solat Jumaat tadi menjadikan kata2 khatib itu terngiang2 di telinga saya. Dan, dengan berlakunya peristiwa itulah menyebabkan saya terfikir betapa propaganda Yahudi sudah berjaya meruntuhkan perpaduan umat Islam. Perancangan yang berlaku berpuluh2 tahun yang lalu itu terus berjalan, cuma kita yang leka dan tidak menyedarinya, termasuklah golongan2 mahasiswa.




Sesudah solat, saya terus membeli makanan buat mengisi perut yang kosong sejak pagi. Hajatnya, ingin saya makan bersama2 sahabat2 seperti selalu. Maklumlah, makan beramai ni memang seronok. Tambahan pula, perkara yang dilakukan berjamaah ni ada berkatnya. Sebab itulah Rasulullah menggalakkan keluarga supaya mengamalkan makan bersama.

Namun, keseronokan makan beramai2 itu tidak dapat saya nikmati pada petang itu. Sebabnya? Semuanya gara2 keinginan untuk menonton drama bersiri terbitan puak kafir. Dari situ, saya terfikir bagaimana agenda Yahudi ini berjalan iaitu dibanyakkan hiburan melampau sehingga berkurangnya komunikasi antara satu sama lain, lantas melemahkan hubungan antara masyarakat sekeliling.

Bagaimana ia berjalan? Saya cuba bawakan contoh yang biasa berlaku di dalam sebuah keluarga, tentang bagaimana agenda Yahudi ini mampu menyebabkan keruntuhan institusi kekeluargaan. Dalam keadaan kurangnya komunikasi antara ibu bapa dengan anak2 lantaran tuntutan mencari nafkah, peluang bersama yang  tinggal sedikit itu dirampas pula oleh wayang2 di rumah. Jangan kata setiap rumah, malah hampir setiap bilik pun sudah dimasuki oleh2 wayang2 ini. Di bilik ibu bapa boleh didapati televisyen khas, dan sebuah lagi pula di ruang tamu untuk anak2.

Hasilnya? semakin kuranglah komunikasi yang berlaku antara ibu bapa dan anak2. Kesannya dapat dilihat apabila anak2 kekurangan kasih sayang dan cuba mengisinya dengan merapati kawan2 yang tidak sepatutnya.

Berbalik kepada situasi saya tadi, jika terlalu asyik dengan filem2 dan drama2, hubungan pasti menjadi renggang sedikit demi sedikit. Tempoh untuk makan bersama-sama bukanlah terlalu lama, sedangkan filem2 itu boleh disaksikan kemudian.

Nasihat saya kepada teman2 dan juga diri sendiri, luangkanlah sebanyak mungkin waktu bersama, supaya dapat kita kukuhkan hubungan dan memajukan umat yang tercinta ini.

29.11.09

Mahasiswa Sudah Tidak Peduli???


-"Aku tak couple pun, kenapa mesti susah2 fikir pasal ni?"-
-"Biar la dia, KUBUR kan lain-lain"-
-"Well, aku dah baik, itu dah cukup bagi aku"-
-"Tak baik JAGA TEPI KAIN ORANG"-
-Kalau aku tegur, nanti dia MARAH pulak-



Selalukah ayat2 di atas bermain di fikiran anda?
Apakah kesannya jika ini yang kita amalkan?

Jika anda:
1)masih peduli, ajaklah kawan2 anda ke talk ini.
2)tidak peduli, datanglah untuk mengetahui kepentingan PEDULI
3)tidak tahu anda peduli atau tidak, hadirlah untuk mengetahui STATUS anda


-Ajak ramai2
-Terbuka kepada semua termasuk pelajar sekitar Kuantan


Sayangi sahabat anda, rasakan betapa ruginya jika dia tidak hadir sekali. Tunjukkan padanya bahawa anda MASIH PEDULI

Please leave your comment so that x-change of idea happen :)