25.1.11
20.1.11
Bahasa Tubuh
Apabila badan dihinggapi penyakit, ia akan menghantar isyarat kepada kita dalam bentuk rasa sakit. Subhanallah, begitu canggihnya sistem yang Allah ciptakan dalam badan kita. Contohnya, apabila kita rasa pening kepala.
Akan tetapi malangnya, kita cuma merawat rasa sakit itu, bukan penyakit itu sendiri.
*Tuan Haji Ismail adalah pengasas dan pemilik HPA (Herba Penawar Al-Wahida). Keluarga beliau merupakan pewaris perawatan herba dari turun temurun. Maka, ubat2 dari HPA banyak berasaskan herba-herba yang berfungsi merawat punca penyakit.
Selanjutnya tentang HPA boleh baca di sini.
Berkemas Untuk ke Syurga
Assalamualaikum wrt wbt
Semalam menyampaikan kuliah maghrib di Masjid Kg. Mahkota Kuantan, ibrah (pengajaran) dari surah Yaasin. Masuk ayat 53 hingga ayat 58. Ya Allah.. seronoknya menyelam dalam lautan mutiara wahyuMu. Cerita semalam ialah cerita Syurga bersulam cinta dan nikmat keabadian...
Penghuni syurga teramat sibuk dengan kenikmatan. Dihiasi cahaya yang gilang-gemilang. Persekitaran yang tidak panas dan tidak terlalu sejuk. Bersama isteri-isteri serta bidadari memadu kasih di pelaminan empuk, menikmati buah-buahan syurga. Tiada kalimah secantik bahasa yang mampu terungkap bagi menggambarkan hakikat sebenar akan kenikmatan taman syurgawi itu...
Namun, yang paling menggetarkan hati adalah saat diziarahi Yang Maha Pengasih. Seakan terlupa segala nikmat yang lain, lantaran pertemuan itu adalah kemuncak segala nikmat.. Bayangkan... seorang mukmin selama di dunia... ia hidup kerana Allah, beribadah kerana Allah, menahan diri kerana Allah, berjuang dengan harta dan jiwa raga untuk Allah.. maka di saat itu, ia berpeluang untuk bertemu dan melihat Allah.. Adakah lagi nikmat yang lebih hebat dari pertemuan itu???
Ya Allah.. terima kasih kerana memberi peluang pada hatiku untuk merasai sentuhan lembut dan bahagia dari kalamMu ini...
InsyaAllah, kami akan bersiap dan berkemas untuk ke SyurgaMU.. bimbinglah kami.
Di 'copy pasted' from Ustaz Hazmi . Saya kongsikan di sini kerana ia telah menggetarkan + mem'vibrate'kan sebuah 'hati'. Sesuai juga untuk di gabunglan ke post "Matlamat Hidup'

************************
Di 'copy pasted' from Ustaz Hazmi . Saya kongsikan di sini kerana ia telah menggetarkan + mem'vibrate'kan sebuah 'hati'. Sesuai juga untuk di gabunglan ke post "Matlamat Hidup'
19.1.11
Formspring: 10 saja:Matlamat hidup yg sebenar
10 saja:matlamat hidup yg sebenar 1.Matlamat hidup adalah perkara yg paling penting dalam hidup ini. Sama seperti sebuah program.
-Orang yg hebat merangka sebuah program untuk mencapai matlamat tertentu-
2.masih ramai yg hidup tanpa matlamat, walaupun sudah bergelar mahasiswa
3.tanpa matlamat hidup, jadilah kita seperti kapal layar, hanya mengikut arah angin, hidup jadi tidak bermakna kerana tiada yg ingin dicapai dan dikejar
4.begin with the end in mind. DI manakah ending kita? Letakkanlah sejauhnya, hingga sampai ke alam akhirat, bukan setakat dunia sahaja.
5.jika sudah ada, adakah ia betul? tepat seperti yg Allah kehendaki?
6. "Solatku, hidupku, matiku hanyalah kerana Allah". ayat ini perlu direnung dalam merangka matlamat hidup
*6 sahaja dahulu...insyaALlah akan diupdate

Labels:
Formspring,
sembang
Subscribe to:
Posts (Atom)